Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

JANGAN LUPA YE!!

Sabtu, 18 Disember 2010


"Alamak dah lewat ni", soal hati. Jam sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi, sedangkan saya masih di rumah. Kelas I'JAAZUL QURAN Dr Sami Abdul Fatah akan bermula tepat pukul 9 pagi. Saya yang sudah kelewatan bersiap secepat yang mungkin supaya cepat sampai ke kuliah. Jarak kuliah dari rumah hampir 3km dan saya menaiki bas untuk ke sana.

Setibanya saya di kuliah, saya terus masuk ke dewan." aik, ni bukan Dr Sami, eh, ke aku silap tengok jadual", soal hati. Rupa-rupanya Dr Sami tidak masuk mengajar lagi dan sementara menanti beliau tiba, digantikan dengan madah qiraat amali. Subjek qiraat amali adalah antara subjek yang paling banyak di ajar di dewan dalam tempoh seminggu.

Kehadiran pelajar pada pagi tersebut agak ramai bercampur dengan orang arab di sini. Pada hari tersebut, syeikh lebih kepada mendiskusikan berkenaan manhaj2 imam qiraat. Selepas memberi syarahan, tiba2 syekh memberi arahan supaya menyalin semua yang dia katakan. Saya yang terlupa bawa buku latihan hanya menulis di buku teks.

Semasa kusyuk mendengar syarahan, tiba-tiba, syeikh bertanya berkenaan buku tulis dan menyuruh untuk bangun kepada sesiapa yang tiada buku tulis. " adoi, apalah nasib harini," bisik hati saya. Saya terlupa untuk membawa buku kerana tergesa-gesa mengejar masa untuk ke kuliah.

"qif ya malizia"(bangun budak melayu).Syeikh menyuruh saya dan beberapa sahabat arab bangun untuk ke depan. Saya yang dalam keadaan takut serta sesal terus keluar ke depan. Kami di suruh untuk membuat barisan panjang. Seramai-ramai pelajar yang di panggil ke depan, saya seorang sahaja yang melayu, dan syeikh amat terkejut sambil menunjuk riaksi kurang puas hati.

Hampir 10 minit juga kami berada di depan. Apa yang saya dapat simpulkan dari leteran beliau adalah buku amat penting kerana di situlah tempat kita menyalin semua ilmu. Kita takkan mampu untuk mengingati semua yang di pelari dan semestinya mencatat ke dalam buku tulis. Syeikh ada mengatakan, ilmu itu adalah buruan, dan menulis merupakan tempat simpan apa yang diburu tersebut.

Saya pada hari tersebut berasa menyesal di atas apa yang berlaku dan amat malu. Apa pun, pengalaman mematangkan kita dan membuatkan kita akan lebih berhati-hati di lain kesempatan. Pesanan saya, jangan lupa membawa buku @ nota ringkas apabila kita menghadiri majlis ilmu.

JANGAN LUPA YE!!!

5 comments:

Ahmad Nordinie 18 Disember 2010 4:35 PTG  

hihi..
camne bleh lupa ni..
len kali jgn buat lg..
:p

[Ust Muhammad Syafee] 18 Disember 2010 5:08 PTG  

huhu..
cmtu la dnie..
mule2 tu bajet setle smue..
tpi tula..
ble da kalut, smue terlupe..

Norhayati Rostam 19 Disember 2010 6:59 PG  

Dah la kelam kabut, tertinggal pulak, pastu kena berbaris.
Terjatuh-jatuh.

[Ust Muhammad Syafee] 19 Disember 2010 2:34 PTG  

hehe..
bile dlm keadaan cmtu..
smue bnde x musthil terjdi..

raudhah 20 Disember 2010 5:20 PTG  

salam..kita tak berniat pun nak tinggalkan buku. Tak sengaja. Maksudnya anta kene denda la yer?

takpe2 tp lain kali, ingat yer. (macam ckg plak nasihatkan budak!!, hehe)

terima kasih folo ana, ana folo semula yer *244

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP