Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Aidil Adha 2010

Selasa, 16 November 2010

Labbaikallahumma labbaik 2x !!

Kedengaran laungan takbir di stadium Tonta cukup mengkagumkan kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk menunaikan solat aidil adha. Lazimnya penduduk di sini akan beramai menyemarakkan stadium Tonta ini untuk bersama2 takbir dan melafaz lafaz talbiah.

Ini merupakan kali pertama saya menyambut aidil adha di perkarangan stadium terbuka. Kelihatan beribu-ribu hadirin yang turut memeriahkan suasana pada pagi aidil adha yang terdiri muda-mudi dan golongan veteren yang sungguh bersemangat. Saya merasa sungguh kagum dengan semangat rakyat Mesir untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh ummat islam ini.

Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia yang kebanyakkannya menyambut dan menunaikan solat sunat aidil adha hanya di masjid dan surau sahaja, tetapi berbeza di sini, mereka semua bersama-sama hadir ke stadium untuk menunaikan solat aidil adha. Laungan lafaz takbir cukup kuat dan amat mengkagumkan.


Sambutan Raya haji lebih meriah berbanding aidil fitri kerana kita dapat menyaksikan upacara penyembelihan. Bermacam-macam jenis haiwan ternakan seperti biri2, Khoruf, kambing, lembu, unta dan lain2 berada di jalanan yang akan menjadi binatang korban di pagi aidil adha. Sebelum tibanya aidil adha lagi, kita sudah dapat merasa suasana yang amat meriah dengan persediaan masyarakat di sini.



Kesempatan aidil adha ini, menjadi peluang keemasan kepada golongan kaya untuk bersedekah dan menginfakkan sebahagian harta mereka. Mereka semua mempertaruhkan haiwan ternakan sebagai tanda pengorbanan yang menjadi simbolik daripada peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Tidak hairanlah di aidil adha akan dibanjiri darah2 haiwan ternakan yang dikorbankan.

Di sini, masyarakat tempatan tidak mengkhususkan tempat tertentu untuk di jadikan tempat sembelihan, kadang2 kawasan halaman rumah,kaki lima dan jalan raya menjadi tempat sembelihan. Boleh dikatakan dimana sahaja kita senang dapati kawasan penyembelihan.

Akhir kata, semoga perkongsian pendek ini dapat memberi gambaran secara ringkas kepada pembaca semua, terutama yang tidak berkesempatan untuk menjejak kaki ke bumi luar. Semoga kehadiran aidil adha kali ini memberi noktah baru dalam hidup kita.

"كل عام وانتم طيبون "

2 comments:

Ahmad Nordinie 16 November 2010 2:46 PTG  

dah raye dah mesir?
kat msia baru nk raye..
huhu

[UsT MuHaMMaD sYaFee] 16 November 2010 3:57 PTG  

ehhe..mmg la..
Mesir mendahului mesia dalm smua perkare..
ksmplnnye..mai la Mesir..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP