Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Hebatnya Wanita Solehah

Rabu, 20 Oktober 2010


Wanita merupakan ciptaan Allah yang sangat agung hebat tiada bandingnya, khas untuk lelaki . Kaum Hawa diciptakan sebagai teman kepada kaum Adam. Sabda Nabi "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (Hadis Muslim)

Hebat wanita adalah bukan pada kecantikan atau kepetahan dalam percakapannya, akan tetapi dinilai sejauh mana dia mampu mengekang nafsu dan menjaga maruah dan harga dirinya . Selain itu, senantiasa taat dan patuh kepada amaran Allah dan Rasul-nya. Solekannya hanya sekadar basuhan air wuduk. Gincunya adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah walau di mana berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan al-Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku taqwa, pasti akan terpancar cahaya keimanan dari dalam dirinya. Berikut adalah beberapa ciri wanita yang layak bergelar muslimah solehah :

IMAN
Wanita solehah amat menjaga imannya. Iman merupakan kekayaan milik mereka yang paling mahal. Justeru wanita solehah akan sentiasa berhati-hati dan menjaga percakapannya. Wanita solehah menjaga tutur kata keranan tutur kata merupakan untaian intan yang penuh bermakna dan bermutu tinggi.

MURAH DENGAN SENYUMAN
Wanita solehah murah dengan senyuman kerana senyuman itu sendiri adalah sedekah. Namun, senyuman yang disedekahkan bersesuaian dengan tujuan. Bukan senyum pada semua lelaki yang ditemuinya. Apa yang pasti, senyumannya adalah senyuman ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.

BIJAK DALAM PERGAULAN
Wanita solehah juga dalam pergaulan walau dengan sesiapapun. Dengan pergaulannya itu ilmunya akan bertambah, sebab dia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang dia temui. Dia juga akan senantiasa mengutarakan buah pikiran yang bernas dan bijak dalam menyelesaikan masalah orang di sekelilingnya.

MENJAGA AKHLAKNYA
Wanita solehah akan sentiasa menjaga akhlaknya. Salah satu ciri kekuatan imannya adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak-tanduknya akan selalu terkawal. Hakikatnya, semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya. Semakin kurang malunya, semakin buruk kualiti akhlaknya.

TIDAK KECEWA DAN SAKIT HATI
Wanita solehah tidak pernah merasa kecewa dan sakit hati biarpun pada ketika fizikalnya terbatas kerana dia sedar bahawa kekecewaan adalah sebahagian kufur nikmat. Wanita solehah sentiasa bersyukur walau dalam keadaan dirinya yang terbatas. Peribadinya begitu indah sehingga cahaya kemuliaannya terpancar dari raut wajahnya. Bahkan, kalaupun dia tidak mengenakan mekap, kecantikan jiwanya tetap juga terpancar dan menyejukkan hati setiap orang berhampirannya.

Akhir Kalam, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. " Selamat Beramal "

3 comments:

saif 20 Oktober 2010 8:06 PG  

syukran..

aliF_miM 22 Oktober 2010 8:54 PG  

syukran..seindah hiasan adalah wanita yang solehah..=)

L 24 Oktober 2010 2:27 PTG  

follow me at http://lolz-l.blogspot.com/

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP