Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Quran sangat releven !!

Rabu, 19 Januari 2011

Ramai orang bertanya apakah quran masih releven untuk diguna pakai pada akhir zaman iaitu pada hari ini, Berdasarkan posting saya sebelum ini, saya banyak menceritakan bahawa quran adalah mukjizat Nabi Muhammad untuk melawan syair2 arab pada masa tersebut, akan tetapi pada hari ini, masyarakat arab sangat mengabaikan ilmu syair samada dari sudut balaghoh dan fasohah. Maka perkembangan ilmu syair yang sungguh hebat, kini menjadi sejarah silam tamadun jahiliah di zaman kebangkitan utusan Allah.

Saya mengatakan bahawa Al-quran sangat releven untuk dijadikan panduan pedoman, bukan sahaja untuk zaman nabi, bahkan sehingga berlakunya hari kiamat. Mungkin pada hari ini, kita tidak temui lagi perbahasan mengenai ilmu2 syair arab, dan kalau ada pun, hanyalah menjadi santapan subjek kuliah-kuliah pengajian di universiti.

blogger-emoticon.blogspot.comQuran sangat releven untuk di guna pakai pada hari ini,banyak dalil2 dari quran yang membuktikan penemuan kajian sains hari ini. Jikalau anda seorang yang berpikir matang, pasti anda akan bertanya " mengapa Allah swt menurunkan kitab suci al-quran kepada masyarakat arab ". Berkemungkinan lagi orang akan kata, bahawa masyarakat arab amat mundur dan jumuk dalam perkembangan teknologi pada hari ini jikalau dibandingkan dengan masyarakat barat samada yahudi atau kristian. Cuba bandingkan kehebatan dari segi teknologi, orang barat(bukan islam) lebih banyak mengetahui dan meluas dalam bidang teknologi yang mana berdasarkan kajian mereka. Pandangan dan teori mereka diguna pakai pada hari ini.

blogger-emoticon.blogspot.comPersoalan saya, mengapa Allah tidak memilih masyarakat arab untuk menguasai dan mendominasi dalam ilmu tersebut, adalah menjadi perkara yang remeh dan mudah sahaja bagi Allah untuk melakukan demikian. Apakah Allah tidak adil dalam hal ini ? Mengapa suatu ketika dahulu Allah memilih bangsa arab untuk menurunkan kitab suci-Nya sebagai satu kemuliaan kepada mereka,Tapi apa yang kita lihat hari ini, situasi jauh berbeza, arab sangat mundur ke belakang dan masyarakat barat jauh lebih ke depan.

blogger-emoticon.blogspot.comSesungguhnya Allah sangat adil kepada hamba-Nya. Sekiranya Allah mengangkat masyarakat arab dalam perkembangan ilmu teknologi nescaya kita semua tidak lagi mempunyai dalil yang kukuh untuk melawan mereka. Ok, sebagai contoh dalam perkembangan ilmu sains, proses kejadian manusia, yang mana para saintis barat baru ketemui pada abad ini. Sedangkan ianya diceritakan dalam Al-quran berabat tahun yang lalu. Apabila kita menampilkan dalil dari quran berkaitan proses kejadian manusia, pasti mereka tidak mampu menyangkal lagi. Jikalaulah masyarakat arab yang menguasai teknologi, lalu mendatangkan bukti al-quran, pasti mereka tidak akan percaya dan akan menyangkal dalil tersebut, kerana mereka akan menganggap bahawa ia adalah dalil baru yang sengaja di cipta untuk membuktikan kajian yang telah dilakukan. Dalil yang dimaksudkan adalah ayat 14 surah Al-mukminun.

ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةً۬ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَـٰمً۬ا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَـٰمَ لَحۡمً۬ا ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَ‌ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ


Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


blogger-emoticon.blogspot.comSejujurnya, mereka tidak dapat menyangkalkan quran lagi, sebab dalil dari quran membuktikan teori mereka. Perkara ini sudah disebut oleh Rasullullah sejak 1400 dahulu. Cuba kita lapangkan dada, buka mata seluasnya, pasang telinga seelok-eloknya, bagaimana seorang Nabi yang keadaan buta huruf tidak reti menulis dan membaca boleh mengkhabarkan perkara ini sejak 1400 dahulu lagi. Dari sudut lain, Nabi Muhammad juga, tidak pernah bermusafir ke luar negeri untuk mencari ilmu, dan amat mustahil bagi seseorang yang hanya berada di kampung halamannya, yang mana tidak pernah berhijrah kemana-mana tempat untuk mencari ilmu, mampu menghuraikan ilmu sehebat ini.

blogger-emoticon.blogspot.comIni membuktikan bahawa al-quran adalah kalamullah, dan bukan kalam manusia. Semua tercatat dalam quran adalah mukjizat kalamullah, yang mana ia adalah amat releven untuk diguna pakai bukan setakat untuk hari ini, bahkan sehingga hari kiamat kelak.Kalau diikutkan, sebenarnya masyarakat arab lebih hebat dan lebih ke depan jikalau di bandingkan dengan masyarakat barat, akan tetapi mereka tidak menghirau dan melupakan al-quran menyebabkan mereka berada dalam kemunduran berpanjangan. Jikalau quran diterjemahkan dalam sudut sains, semestinya kita akan temui suatu keajaiban dan kehebatan yang mana tidak mampu di pikir dengan lojik akal.

Bersama-sama kita meningkatkan lagi kajian berkenaan ilmu quran. I.allah pada posting akan datang saya akan berkongsikan sikit demi sedikit berkenaan mukjizat quran yang mana sangat unggul untuk di amalkan di akhir zaman.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP