Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Apakah Quran Mukjizat

Rabu, 12 Januari 2011

Sesungguhnya Allah mengurniakan mukjizat kepada rasul-Nya adalah sebagai bukti kebenaran akan kerasulan utusan-Nya. Jikalau kita imbas kepada sejarah rasul2 utusan Allah, mereka semua banyak di uji dengan ujian yang amat berat dan mustahil bagi manusia biasa dapat menanggungnya.

Sebagai contoh, Nabi Musa Alaihi Salam. Kenapa Allah mengurniakan tongkat yang mampu bertukar menjadi ular kepadanya. Jikalau dipikirkan semula, pada zaman tersebut, sihir firaun cukup hebat sekali dan Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi Musa untuk melawan kembali.

Selain itu, mukjizat menghidupkan orang yang telah mati di kurniakan kepada Nabi Isa Alaihi Salam sebagai satu bukti kerasulannya. Pada masa tersebut telah berkembangnya zaman perubatan yang cukup hebat. Doktor yang ada pada ketika tersebut, mampu menyembuhkan pelbagai penyakit manusia pada ketika itu, lalu Allah mengurniakan mukjizat menghidupkan orang mati kepada Nabi Isa untuk melawan dengan kehebatan perkembangan perubatan pada zaman tersebut. Walau hebat macam mana seorang doktor, mustahil dia dapat menghidupkan orang telah mati.

Kalau kita maju ke depan lagi, sesungguhnya Nabi Muhammad (saw) dikurniakan mukjizat Al-quran untuk membuktikan kerasulan baginda. Pada zaman tersebut, orang arab memang cukup hebat dengan syair dan kofiah(jenis syair). Di ceritakan syair arab mampu menggetarkan hati kepada sesiapa yang mendengarnya pada zaman tersebut. Selain itu, perkembangan ilmu syair amat meluas sekali dan sesiapa yang pandai menuturkan syair akan di anggap seorang yang hebat. Kehebatan mereka terserlah apabila mereka secara spontan mengeluarkan syair2 yang cukup hebat di pasar2 yang menjadi tumpuan orang ramai. Bagi sesiapa yang menghadiri pasar tersebut akan merasa gementar hati mendengar syair yang cukup hebat itu.

Apabila Allah mengangkat Nabi Muhammad menjadi Rasullullah, dan mengurniakan Al-quran sebagai mukjizat kepadanya, maka semua syair2 arab pada ketika itu, tidak mampu menandingi mukjizat dan kehebatan Quran. Penyair jahiliah apabila mendengar ayat2 suci al-quran mereka buntu dan tidak mampu berkata apa2 dengan mukjizat al-quran. Pada masa yang sama mereka berpikir, "bagaimana Muhammad mampu menukilkan quran yang jauh lebih hebat dari syair mereka, sedangkan Muhammad adalah ummi(buta huruf)", dan ia amat mustahil Nabi Muhammad mengarangnya sendiri. Ini membuktikan bahawa al-quran adalah kalamullah, dan bukan dari kalam manusia.

Saidina Umar, yang dikenali amat bengis dan ganas ketika zaman jahiliah, menangis apabila membaca Surah Taha semasa Khobat bin Aura' mengajar Surah Taha kepada adik perempuannya Fatimah binti Khattab. Diceritakan Saidina berniat untuk memenggal kepala Nabi Muhammad (saw), semasa dalam perjalanan beliau tersempat dengan seseorang, lalu ditanya, "Kamu nak kemana wahai umar", umar dengan muka bengis menjawab," aku ingin memenggal kepala Muhammad". Akan tetapi apabila dia diberitahu oleh orang yang ditemuinya itu, bahawa adiknya Fatimah binti Khattab sedang mengaji al-quran di rumah, lalu dia berpatah balik ke rumah untuk memarahi adiknya. Setibanya di rumah, Saidina Umar menampar adiknya sehingga menumpahkan darah. Khobbat bin Aura' ketakutan dan hanya senyap tidak terkata.

Namun selepas beberapa ketika, Saidina Umar mengambil helaian kertas Surah Taha, lalu membacanya, Selepas itu, mengalir air matanya apabila membaca ayat2 suci al-quran sebab terkesan dengan mukjizat yang sangat hebat yang terkandung di dalam Surah Taha. Allah membuka pintu hatinya lalu bergegas pergi jumpa dengan Nabi Muhammad (saw) dan memeluk agama islam.

Dari beberapa kisah yang saya tulis di atas, dapat di simpulkan bahawa mukjizat adalah bukti kerasulan semua utusan Allah. Kita sebagai Ummat Nabi Muhammad patut rasa berbangga kerana mempunya Quran yang mana masih kekal sehingga sekarang. Sebagai seorang Ummat Muhammad kita sepatutnya sentiasa melazimi lidah dengan alunan ayat suci quran pada setiap masa.

Posting saya tidak akan berakhir setakat ini sahaja dan i.allah saya akan menghuraikan bagaimana perkembangan mukjizat al-quran pada zaman sekarang. Kalau di pikirkan mukjizat Quran untuk melawan syair2 arab pada zaman tersebut, akan tetapi pada hari ini, perkembangan ilmu syair sudah tiada, Apakah masih rileven untuk menganggap Quran sebagai mukjizat pada hari ini...

akan bersambung...............

1 comments:

♥MiSs WaFa♥ 14 Januari 2011 pada 4:39 PG  

penulisan n penerangan yg hebat.teruskan sambungannye.moga keistimewaan ilmu al-quran terus tersebar luas.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP