Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Jemputan membaca quran di Majlis Konvokesyen PERMATA

Khamis, 26 Mei 2011


Pada awal Mei yang lalu, saya telah dihubungi seorang sahabat bagi menyempurnakan pembukaan Majlis Konvokesyen Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia(PERMATA) yang bertempat di Balai Islam Kelantan. Berkebetulan ketika itu, saya berada di Selangor menghadiri kelas pengajian Master di Universiti di sini.

Saya pada mulanya, menolak tawaran tersebut kerana susah dan jauh untuk ke Kelantan, walaupun negeri asal usul saya, namun pujukan dan rayuan dari kawan saya menyebabkan saya serba salah untuk menolaknya. Saya bersetuju untuk mengalunkan ayat2 suci Al-Quran bagi menyempurnakan majlis perasmian Konvokesyen tersebut.

Majlis konvokesyen ini, merupakan salah satu agenda PERMATA yang mana akan lakukan setiap 2 tahun. Kehadiran peserta dari Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia memeriahkan lagi upacara majlis tersebut. Saya di maklumkan hampir 180 orang termasuk peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian. Saya merasa sungguh kerdil apabila bersama dengan para huffaz dan hafizah yang sememangnya hebat2 dan mantap.

Majlis tersebut turut di hadiri YAB Tuan Guru Nik Aziz yang telah menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada para huffaz. Tuan Guru yang dalam keadaan uzur, tidak dapat menyampaikan sijil kepada kesemua peserta, dan di ganti dengan Ustaz Nazarudin sebagai penaung utama dalam PERMATA.

Hampir 3 jam, majlis konvokesyen berlangsung, kehadiran tetamu amat memberansangkan yang mana telah memeriahkan majlis tersebut. Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, majlis konvokesyen telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, kesemua aturcara majlis berjalan lancar seperti yang di rancang.


Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP