Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Huhh..Kalau da Merajuk!!!

Ahad, 30 Mei 2010

Kenapa Merajuk ?


Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.



Siapa yang kena penyakit Merajuk ?


Penyakit Merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.



Punca Merajuk


Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.


Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.



Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.



Apakah Merajuk lebih baik dari marah?


Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.



Bagaimana mengubati sikap Merajuk ?


Untuk mengubati sikap Merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.



Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.



Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.



Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.



P/S : Kalau dah Merajuk , Kenalah Pujuk

Read more...

ooh Azizah...

Selasa, 25 Mei 2010

Saya tiba2 di hubungi Syeikh Nabi, "eh, ada apa syekh call ni?"soal hati. Rupa-rupanya syeikh menyuruh untuk pergi talaqqi di Masjid Khozandarah sekarang juga. Pada kebiasaannya, saya bertalaqqi di rumah beliau pada waktu malam. Akan tetapi, pada hari berkenaan, syeikh ada sesi mengajar di Madinatul Nasr pada malamnya, dan menukar waktu talaqqi saya pada siang hari.
Selepas itu, saya terus bersiap dan terus ke Masjid Khozandarah. Dalam perjalanan, saya terpikir ingin membeli sesuatu kepada Syeikh, "takkan nak pergi tangan kosong je", fikir saya. Sebelum sampai ke masjid, sempat saya singgah di kedai Halawiat (Manisan). Sebenarnya, saya sudah lama mengidam halawiat ni, semenjak pulang dari tanah air bulan 1 hari tu sampailah hari ini, alhamdullilah dapat juga menghilangkan rasa rindu pada halawiat ini.

Halawiat mempunyai banyak jenis, antaranya Balash syam, Basbusah , Azizah dan lain2. Antara semua jenis halawiat ini, Azizah adalah paling saya suka, rasanya sungguh sedap dan enak. Azizah merupakan halawiat yang berasaskan susu dan kelapa. Ianya tidak terlalu manis dan rasa amat lazat dan sedap. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza, ada yang minat semua jenis halawiat dan ada juga suka kepada jenis2 halawiat yang tertentu sahaja.

Saya membeli 1 kg Azizah yang di bungkus 2 plastik, satu untuk syeikh, dan satu untuk santapan peribadi. Harganya tidaklah terlalu mahal, hanya LE 10 untuk 1 kg. Sempat juga saya perhatikan jenis halawiat yang lain, rasa terliur juga, hhm...telan air liur sahaja yang mampu. Niat dalam hati, Insya-Allah akan menyusul pada masa akan datang. Selepas itu, saya terus bergerak ke Masjid Khozandarah untuk bertalaqqi dengan Syeikh Abd Nabi.... end story

Read more...

sharing-sharing

Sabtu, 22 Mei 2010

Wanita yang ingin mendalami hati budi seorang insan bernama lelaki, haruslah mengetahui beberapa ciri-ciri yang terdapat pada lelaki selain daripada segi fizikal. Di sini saya bukan bermaksud untuk mendedahkan keaiban insan lelaki di luar sana, tetapi ini adalah sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenal hati-budi, malah ini boleh dianggap sebagai tips untuk perempuan di luar sana menambat hati lelaki.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi. Mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

Read more...

SIFAT-SIFAT HIPOKRIT

Ahad, 16 Mei 2010

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."
- Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr -

Hadis ini menerangkan 4 ragam sifat 0rang munafik :

-->Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

-->Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

-->Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

-->Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain.

Read more...

Jale2 umah arab

Jumaat, 14 Mei 2010

Saya: Asslammualaikum Ammu, uzayyak?(pe koba)

Ammu Jamal: waalaikummsalam syeikh, alhamdulillah quwais, anta fin ya syeikh, ma syuftu munzu zaman(kamu dok mana,aku tak tgok mu lama da)

Saya: maalaish ya ammu,ana kuntu masyghul munzu usbu'aini,bikulli asaf (maaaf sangat Ammu,aku sangat sibuk,sejak 2 minggu ni) ana faadhiinnahardoh,uridu an azuuratun, hal antum fil baith al'aan. (aku free ni, ingat nk p ziarah, ada umah ke sekarang)

Ammu Jamal: naam,ta'ala ana fil bait, wa ana fadhil fil llaili..(yer,aku di umah & free je malam ni)

Saya: aaooh!!, i.allah,ba'da solatil isyak..ma'asalamah.(ok, lpas isya' aku pegi)

Ammu Jamal: waalaikummsalam
..............................................................................................................................

Selepas menelefon Ammu Jamal,saya terus bersiap untuk solat isya' berjemaah di masjid berdekatan, sesudah solat,saya terus ke rumah beliau. Sebenarnya, sememangnya menjadi ruting mingguan untuk pergi menziarahi beliau dan keluarga, tapi sejak kebelakangan ini, terlalu sibuk dengan talaqqi dan lain2.

Setibanya di rumahnya,terus bersalaman dan bersembang di ruang tamu,"kaifa hal ya Ammu?", tegur saya. "ana khoir tamaam alhamdulillah", jawabnya. Tiba2, datang NONNA (baby kecil perempuan) kepada saya, dengan menunjukkan reaksi yang sungguh menarik, saya terus mendukung dan melambung2 kan dia, huhh!! rasa sungguh seronok sekali,dapat menghilang rasa rindu kat anak sedara di tanah air. Maryam berumur 2 tahun, comey dan kiut. Orang arab Mesir, mendidik anak2 nya dengan manja sekali, tak hairan la, kalau budak sekecik Maryam,sangat manja dan sensitif.


Bekalan biskut dan coklat, sudah siap2 saya bawa untuk budak2 kecik tu, dorang mesti suka punya, kalau kita belikan apa makanan untuk dorang,boleh jugak pancing budak2 tu. Ammu Jamal mempunyai 4 orang anak, 2 pompuan 2 lelaki, Usamah yang merupakan anak sulong keluarga Ammu Jamal bersekolah darjah 5. Adik perempuannya, Jihad darjah 4, Yahya pula, masih kecil berumur 3 tahun, serta Maryam yang masih cute dan comel. Budak Arab,walaupun masih kecik, tapi dorang sungguh matang dan comel, memang menarik perhatian saya.


Ammu Jamal, akan meminta saya kerumahnya sekira komputernya bermasalah,dengan kepakaran yang ada, alhamdulillah sedikit sebanyak membantu beliau menyelesaikan masalah itu. Di kesempatan itu juga, saya dapat memperluaskan lagi penggunaan bahasa arab dengan beliau dan anak2 nya, itula sebab saya sangat suka berkunjung dan menziarahi nya.


"ta'laa syeikh na'kul ish wa gibnah"(mari sini makan roti dan keju), ajak Ammu Jamal, saya terus bangun untuk bersama makan roti Mesir itu, saya hanya mampu makan beberapa mulut sahaja, kerana...............

bersambung---->>>>>:bofu_26:

Read more...

PeNeRbanGaN TeRaKhiR

Rabu, 12 Mei 2010

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

· Tempat berlepas : Kehidupan dunia
· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dalam perut bumi.
· Destinasi : Akhirat
· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

:bofu_04:
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
:bofu_39:
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Il
mu yang manfaat
:bofu_32:
PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para
penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hen
daklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
:bofu_27:
DIULANG

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami
untuk
menabur khidmat sepada anda semua.
:bofu_48:
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan
firman ALLAH surah Al-Kahfi;

Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan
Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik,
Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "


Read more...

nTaH La, bToL La KowT...

Khamis, 6 Mei 2010

:bofu_01:Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Kebanyakannya, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

:bofu_02:Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
:bofu_16:
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita, lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.Bila lelaki cakap.. "Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
:bofu_18:
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
bising
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
:bofu_31:
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
garupale
Kesimpulannya, Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP