::Walimatul Urus::
Jumaat, 25 September 2009
Alhamdulillah keluarga kami baru sahaja menyambut kehadiran orang baru. Majlis walimatul urus yang berlangsung pada hari khamis raya ke-5 ini mendapat sambutan yang begitu meriah sekali. Kehadiran waris2 dan para tetamu meriuhkan lagi suasana kenduri di samping bergembira menyambut aidilfitri.
Ini merupakan kenduri yang ke-6 keluarga saya. Selepas di ijab qabul raya pertama yang lepas, kini hanya tinggal 2 anak teruna yang masih study dan bujang, mudah-mudahan dipercepatkan, i.allah. Saya amat bersyukur kerana dapat bersama2 menyambut menantu baru keluarga kami sekaligus dapat merapatkan silaturrahim antara keluarga masing2.
Majlis kenduri berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak teruk pada sebelah petang. Kehadiran tetamu berduyung-duyung dan tidak putus sampai ke lewat malam. Memang sungguh penat melayan tetamu yang begitu ramai. Sebenarnya, sebelum hari majlis itu lagi, kami sudah banyak melakukan aktiviti2 bagi membuat persiapan untuk kenduri ini. Bermulanya dari pagi 2 hari sebelum kenduri sehinggalah ke majlis walimatul urus ini.
Mujurla kitaorang disini hidup dalam suasana berjemaah dan tolong-menolong bantu membantu antara jiran tetangga. Saya amat berterima kasih kepada warga kampung yang banyak menolong di sebalik tabir majlis kenduri ini,tanpa bantuan pakcik makcik semua, saya yakin majlis ini tidak dapat berlangsung dengan jayanya.
Harapan saya, semoga perkahwinan abang saya dan isterinya ini mendapat keberkatan dan rahmat dari-NYA dan juga kekal berpanjangan sehingga akhir hayat. Kepada teman2 di luar sana, tolong doakan semoga saya cepat bertemu jodoh isteri solehah mukminah, i.allah...