Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Alhamdulillah, berjaya !!

Ahad, 30 Oktober 2011

..Ya nabi salam alaika , ya rasul salam alaika , ya habibi salam alaika , solawatullah alaika 2x ..” bunyi ringtone Cek Maher Zain, siapa pula yang kol ni ?,” soal saya dalam hati dan terus menjawab panggilan dari nombor yang tidak di kenali tersebut .

Boleh bercakap dengan En Syafee?,” tanya beliau . “yee saya Muhammad Syafee,”. Selepas itu beliau terus memberitahu kepada saya bahawa saya telah berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah . Perasaan gembira teramat sangat mampu saya nukilkan dengan kalimah “ alhamdulillah” , terima Ya Allah yang telah memakbulkan permintaan saya.


Pada bulan lepas, saya telah berjumpa dengan Ustaz Fairoz (salah seorang staf) di KUIS, beliau memberitahu bahawa ada jawatan kosong di Jabatan Tahfiz Quran dan Qiraat, dan beliau terus menyarankan kepada saya untuk mencuba nasib. Saya pada mulanya, ragu-ragu untuk memohon jawatan tersebut , tetapi beliau memberi sokongan dan dorangan supaya mencuba terlebih dahulu.



Pada keesokkannya, saya telah mengisi borang untuk permohonan jawatan tersebut dengan harapan akan di terima . Borang tersebut, telah saya wakilkan kepada Ustaz Fairoz untuk menghantar terus ke kolej tersebut. Selepas 2 minggu, saya telah di hubungi oleh Jabatan Sumber Manusia KUIS, supaya menghadiri sesi temuda untuk pemilihan pensyarah baru.



Saya telah memberitahu berita tersebut kepada Ustaz Fairoz, bahawa saya telah di panggil untuk sesi temuda tersebut. Pada hari temuduga, saya telah pergi bersamanya sebab saya tidak mengetahui jalan untuk ke KUIS . Semasa dalam perjalanan, sempat saya bersembang dengan beliau dan bertanya bagaimana cara untuk menjawab soalan semasa temuduga nanti. “alaa, enta jawab jee ape yang di tanya,” respon ringkas dari beliau.


Setibanya disana, saya terus ke bahagian Sumber Manusia dan mendaftar untuk temuduga. Rupa-rupanya, sudah ada 5 orang yang telah menunggu untuk sesi temuduga pensyarah. Bila bertanya kepada mereka mengenai jawatan yang di pohon, “ kami ingin memohon jawatan kosong Fakulti Dakwah,” jawab mereka. oooo, jadinya, aku sorang jelaa yang mintak Jabatan Tahfiz ni?,” fikir saya dalam hati.


Selepas 10 minit,nama saya di panggil untuk sesi temuduga, saya memulakan langkah kanan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim . Saya terus masuk dan memberi salam kepada 5 orang panel yang siap sedia menemuduga calon2 bakal pensyarah. Saya yang agak tenang, duduk sambil tersenyum sahaja.


Hampir 20 minit juga sesi temuduga dalam bahasa arab itu, bagi saya, ia agak mencabar kerana terpaksa menggunakan bahasa arab semasa menjawab soalan2 yang di ajukan. Alhamdulillah, saya mampu menyusun bait2 kata dengan sempurna dan terus sahaja menjawab persoalan apabila di ajukan tanpa berpikir panjang.



Diantara permintaan dan harapan daripada panel temuduga tersebut, supaya saya dapat memberi komitmen yang sepenuhnya, jikalau dapat bekerja nanti. Selain itu, pesanan beliau lagi supaya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi di kolej itu. Saya pada masa itu, saya menjawab, insyaallah, akan mencuba untuk melakukan yang terbaik dan memberi sumbangan serta komitmen yang penuh kepada KUIS.



Bermula awal bulan 1/11/2011, saya akan memulakan kerja baru sebagai pensyarah, doa dan harapan saya supaya boleh terus istiqomah dalam mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik di KUIS nanti.


"..alhamdulillah, berjaya.."

Read more...

My new Myvi, Alhamdulillah !!

Ahad, 16 Oktober 2011

Alhamdulilah ! Alhamdulilah ! Alhamdulilah !

Kalimah toyyibah ini sahaja mampu saya ucapkan, untuk menzahirkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini merupakan hari bersejarah dalam diari hidup saya,kehadiran kereta Myvi se 1.5 ini, sangat memberi makna kepada saya.


Pada bulan yang lalu, saya telah memberitahu keluarga bahawa saya berhasrat untuk membeli kereta, kerana kehidupan di ibu kota amat berbahaya jikalau menunggang motosikal. Ibu, pada mulanya tidak berapa setuju dan beralasan saya tidak mempunyai kerja yang tetap dan masih belajar.Namun, semuanya sudah tersurat takdir Allah, hari ini harapan dan impian saya telah menjadi kenyataan.



Selepas mana saya menyerahkan semua dokumen untuk pembelian kereta, En Azlan (owner perodua) telah bertanya mengenai ciri kereta yang saya ingin beli. Pada masa itu, Myvi 1.3 sahaja yang ada dalam pasaran. Saya memilih Myvi premium 1.3 yang berwarna purple. Tetapi, kata Cek Azlan, warna tersebut, masih belum ada di pasaran, yang ada hanya warna lain. Saya yang pada ketika itu, tidak mampu nak bersabar, dan bertekad untuk mengambil apa2 warna sahaja, asalkan kereta dapat dalam masa cepat.



Selepas 2 hari, Cek Azlan telah menguruskan loan pinjaman bank untuk mendapatkan myvi 1.3 tersebut. Keesokkannya, saya di hubungi pegawai bank AMBANK bertanya mengenai pembelian dan pimjaman bank untuk kerete tersebut. Alhamdulillah, loan sudah di luluskan, Cuma tunggu kereta untuk di keluarkan. Saya pada ketika itu, terasa amat gembira kerana bakal mendapat kereta dalam masa terdekat.



Takdir Allah, pada pertengahan bulan lepas, Perodua telah mengeluarkan model baru Myvi Se 1.5 . Selepas mana di hubungi abang saya, beliau telah memberi cadangan supaya saya mengambil Myvi 1.5 tersebut. Saya telah memikir panjang, kerana kalau di tukar kepada model myvi 1.5 ini, maka akan lambat lagi proses untuk mendapat kereta saya, sebab terpaksa merombak semula loan dan sebagainya. Tiba2 ada cadangan lain, “ kite pakai kete ni, untuk masa lame, so amik 1.5 ni la, lagi best dan bagus..” . Akhirnya, saya menghubungi Cek Azlan untuk menukar kereta dari Myvi 1.3 ke Myvi 1.5 . Maka lagi lamalah masa untuk saya mendapat kereta, sabar sahaja saya mampu lakukan.



Seminggu kemudian, saya di hubungi Cek Azlan, dan mengatakan ada kereta Myvi Se 1.5 warna kuning dan gear manual ada di kedainya sekarang. So, dia menawarkan kepada saya untuk mengambil kereta tersebut. Saya pada ketika itu, sudah tidak mampu bersabar, dan terus bersetuju untuk mengambil kereta tersebut. Keesokkannya, Cek Azlan telah menguruskan laon dan pinjaman bank. Maka saya sekali lagi di hubungi pegawai bank untuk pengesahan pembelian.



Loan sudah di luluskan, maka saya dan Cek Azlan membuat temujanji di Surau berdekatan untuk menandatangan agreement dan dokument . Sebelum kehadiran Cek Azlan, saya telah berjumpa dengan seorang hamba Allah dan menceritakan pasal pembelian kereta tersebut. Beliau bertanya mengenai model kereta. Saya memberitahu Myvi SE 1.5 manual , lalu beliau memberi ulasan , “ dok KL ni, susah pakai kete manual, amik auto la lagi senang, lagi pun jalan jem ..” cadangan beliau dengan tegas. Beliau juga berkata, kalau amik yang auto, sambil drive siap boleh baca kitab lagi..



Maka, selepas itu, Cek Azlan pun tiba, lalu saya terus memberitahu kepadanya, bahawa hasrat saya untuk membeli kereta myvi se yang auto. Reaksinya agak terkejut dengan keputusan saya, kerana saya membatalkan model yang manual itu saat2 akhir. Namun beliau tetap menghormati keputusan saya selaku pembeli. Temujanji untuk tandangan agreement itu, menjadi temujanji perbualan dan pertanyaan sahaja. Saya memberitahu Cek Azlan, supaya beliau menguruskan semula urusan pembelian kereta saya, kerana modelnya sudah bertukar, dari manual ke auto.



Sekali lagi, saya terpaksa bersabar menunggu proses loan dan pinjaman bank di luluskan. Pada awal minggu ini, pegawai bank sekali lagi hibungi saya mengenai pengesahan pembelian tersebut. Katanya, “daa 3 kali tuka da Cek nii..” saya hanya mampu tersenyum sahaja. Tapi, alhamdulillah, proses tersebut di luluskan.



Pada isnin yang lalu, Cek Azlan telah menghubungi saya mengatakan kereta Myvi Se 1.5 auto telah sampai. Berkebetulan , laon pinjaman saya telah di luluskan, maka beliau meminta saya untuk ke kedai pada hari selasa keesokkannya untuk menandatangan agreement dan surat menyurat. Pada hari yang di janjikan, saya ke sana untuk menandatangan semua agreement. Alhamdulillah, semua selesai, Cuma tunggu kereta di daftarkan sahaja. Saya pada masa tu, memang tidak mampu lagi bersabar kerana sudah sebulan saya menunggu kereta, sambil mengharapkan kereta dapat secepat yang mungkin.



Alhamdulillah, pada hari jumaat 14/10/2011 tercipta sejarah dalam hidup saya, impian dan cita2 saya telah menjadi kenyataan. Kereta yang dulu hanya melihat dalam gambar di internet dan tv, kini berada dalam genggaman saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaan saya ini. Saya yakin inilah takdir saya, walaupun pada mulanya, saya tidak berniat untuk mengambil model ini, tapi inilah suratan yang telah di tentukan Allah untuk saya.

Read more...

Khutbah di Platinun

Isnin, 10 Oktober 2011



Anak-anak merupakan amanah yang di kurniakan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu-bapa. Semestinya tanggungjawab mendidik anak-anak adalah suatu yang sangat besar dan susah. Peranan ibu-bapa adalah amat mempengaruhi tatacara bagi keluarganya, jika anak tidak di didik dengan sempurna, maka rosak dan jauh tersasar dari landasan yang sebenar.

Berkahwin adalah suatu tuntutan dalam agama. Ia amat digalakkan untuk menghalang manusia dari melakukan perkara yang buruk. Ramai dalam kalangan muda-mudi sekarang lebih rela melakukan maksiat dengan tidak berkahwin dari memenuhi tuntutan syarak untuk berkahwin. Mereka hidup dalam keadaan enjoys dan seronok sehingga melupakan bahawa perhubungan mereka telah jauh dari ajaran islam.

Dalam hal ini, ibu-bapa sangat berperanan untuk menasihati anak-anak, terutama yang masih di bangku sekolah menengah, supaya hal2 yang buruk dapat di elakkan. Perangai buruk dan tidak senonoh akan mempengaruhi keluarga, sehingga di pulau dan di benci oleh jiran tetangga dan lain.

Kesimpulan ringkas, bagi remaja2 yang berada di luar sana, ingatlah islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah cinta dan kasih sayang manusia. Akan tetapi, islam telah menggariskan panduan dan peraturan yang lengkap. Cara yang betul adalah, dengan ikatan perkahwinan.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP