Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

10 Tips ringkas menjadi Isteri solehah..

Ahad, 29 September 2013

 1) "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk".

2) "Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu".

3) "Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu".

4) "Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik".

5) "Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya".

6) "Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya".

7) "Jagalah waktu makannya dan waktu beristirehat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan".

8)"Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya".

9) "Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu".

10) "Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu".

Read more...

Sape suh couple sangat !!!

Isnin, 29 April 2013

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone,*yakni couple*

Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: kamu suka dia?

Fulan: ya syeikh....

Syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

Fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: bila kamu akan menikahinya?

Fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci? wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal, ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis dan sebagainya. Apakah kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? 

Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran, sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. 

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka.  Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita, ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk. Memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi. Fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan. Wanita  berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya. Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka. Jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI.


Read more...

AKU MENYESAL KAWIN....................

Isnin, 15 April 2013

Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia.
Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.
Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.
Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.

"Jom la bang tido...".

Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.
Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..
Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!
Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la....
Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..
Kira berbelanja tanpa waswas la.
Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.
Hohoho..

Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.
Tade dalam list, tak leh amik!!
Dah la berejam-jam pusing..
Leceh tol la orang pompuan nih.
Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.
Aku je yang muka tensen.

Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.
Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..
Dia kata x hensem la, x kemas la..
Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.
Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)
ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.
Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).
Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
 

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.
Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.
Sakit wooo bini aku cubit.
Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made.
Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).
Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.

Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..
Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..

Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..
Maklum la dah ade P.A.

Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..

Hmm sejuk hatiku.

Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.
Jadi kena ade yang tolong ingatkan.
Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi...

Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..

Read more...

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Khamis, 7 Mac 2013

Lelaki diwajibkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kita akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin memalukan suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, FACEBOOK, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


p/s : Untuk menjadi isteri atau bergelar muslimah solehah, hendaklah menjauhi kesemua sifat-sifat keji seperti mana yang tercatat di atas. Wallahu a'lam. 

Read more...

Anda impikan suami yang soleh!!

Sabtu, 2 Mac 2013

Saya mengimpikan seorang bakal suami yang soleh. Boleh berikan sedikit tips,apakah kriteria isteri yang diidamkan oleh lelaki soleh?

Jawapan:

Lelaki soleh suka kepada pasangan yang pandai berhias sesuai dengan syariat ALlah. Maka hiasilah diri dengan dengan cara bagaimana Allah memerintahkan anda untuk berhias dengannya.

Antara hiasanya wanita yang disukai oleh lelaki soleh ialah:

1- Menutup aurat dengan kemas, bukan sekadar 'membalut' aurat. Membalut aurat bererti, tubuh dilitupi kain tetapi masih tetap menampakkan bentuk / sosok tubuh.

2- Menjaga akhlak dan ucapan, baik lisan mahupun secara tulisan. Ini kerana setiap perkataan yang dituturkan adalah gambaran kepada sifat hati seseorang. Jika hatinya baik, maka baiklah setiap perkataan yang terpacul dari mulutnya atau digoreskan oleh pena. Demikian sebaliknya.

3- Pandai memasak. Jika belum pandai tunjukkan usaha ke arah itu. Masakan tidak seharusnya menepati standard hotel lima bintang, memadai dengan menu biasa.

4- Tahu mengawal perasaan cemburu. Ya, cemburu adalah sifat semulajadi seorang wanita. Ia boleh jadi senjata yang ampuh untuk memenangkan hak wanita, tetapi juga boleh menjadi racun yang akan meranapkan kebahagiaan rumah tangga. Ingat sebahagian lelaki juga suka kepada wanita penyemburu, tetapi cemburu yang pada tempat dan keadaannya.

5- Lebih penting dari semua itu, banyakkan berdoa kepada Allah agar menjadikan diri anda sebagai wanita solehah. Tidak mungkin seorang lelaki soleh menginginkan selain wanita yang solehah juga.

Moga sukses. Sekian, {]:-)~

Read more...

Wang Hantaran kawen

Jumaat, 8 Februari 2013

Islam tidak pernah menghalang fitrah manusia, iaitu fitrah berpasangan. Namun Islam telah menetapkan garis panduan atur urus fitrah manusia dengan jalan terbaik, iaitu melalui jalan perkahwinan. Walaubagaimanapun, berkahwin bukanlah perkara small matter yang boleh dimain-mainkan, atau sekadar untuk suka dan enjoys, kerana disana ada tanggungjawab yang besar perlu ditanggung oleh kedua mempelai sebagai suami dan isteri.

Bercerita soal kahwin, persoalan yang sering di tanya adalah berkenaan nilai hantaran lelaki kepada pihak perempuan. Di kesempatan coretan ini, saya ingin kongsikan video yang sangat bagus pada saya, berkenaan nilai dan harga hantaran perkahwinan. Jadi, sama-samalah ambil manfaat. Selamat menonton.

Read more...

Tak Perlu Mencari Pasangan Yang Terlalu Sempurna

Ahad, 27 Januari 2013

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.? Terlalu ingin mengejar kelazatan, KELAK Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya. Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Lalu kamu juga yang akan MENYESAL!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP