Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

I'jazul qurran

Sabtu, 15 Januari 2011

Al-Quran adalah mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad sebagai bukti kerasulan. Al-quran datang kepada kaum arab dengan uslub balaghoh dan fasohah yang mana penyair2 arab tidak mampu untuk mendatangkan sedemikian. Datangnya quran adalah untuk melemahkan syair2 arab yang mana mereka amat berbangga dengan kehebatan syair2 mereka pada zaman tersebut.

Allah menjadikan Quran sebagai "i'jaz" iaitu melemahkan arab untuk mendatangkan satu syair yang hebat seumpama quran. Uslub syair arab yang yang paling hebat dan tinggi hanya setaraf dengan uslub paling rendah pada quran. Dalam hal keadaan arab yang sangat hebat dengan perkembangan ilmu syair mereka, dari segi fasohah dan balaghoh, maka Allah mendatangkan quran sebagai i'jaz kepada mereka untuk melemahkan syair2 yang sangat hebat pada masa itu.

Walid bin Mughiroh merupakan seoarang penyair arab yang terunggul di zaman jahiliah yang mana apabila diminta Abu Jahal supaya pergi berjumpa dengan Rasulullah saw untuk menguji uslub dan fasohah pada quran, tidak mampu mencari kesalahan pada quran. Beliau dengan angkuhnya menawarkan diri untuk pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad saw untuk mencari kesalahan uslub dan kaedah pada quran. Tetapi apabila mendengar Rasulullah membaca ayat dari Surah Fussilat, dia hanya senyap tersungkur mendengar kehebatan kalamullah, bahkan berkata kepada Rasulullah "QIF YA MUHAMMAD"(cukap ya Muhd),raup mukanya bertukar apabila Nabi membaca ayat azab kepadanya.

Maka telah thabit(tetap) bahawa arab tidak mampu mendatangkan syair dengan uslub balaghoh dan fasohah seperti quran. Sesungguhnya mukjizat dan kehebatan quran membuktikan bahawa quran adalah bukan kalam manusia. Orang arab pada zaman jahiliah apabila mendengar alunan ayat suci quran mereka semua akan terkejut dengan kehebatannya yang mana sangat mempesonakan bagi sesiapa yang mendengarnya. Selain itu, mereka juga tidak sabar untuk mendengar pengkhabaran wahyu terbaru, kerana ada setengah dari mereka ingin mencari kesalahan pada quran, akan tetapi mereka gagal untuk mencari kesalahan pada quran.

Sebahagian besar dari mereka telah beriman apabila mendengar ayat quran kerana kagum dan gementar dengan kehebatan quran. Sesungguhnya Quran datang mencerita perihal ummat terdahulu yang mana telah di azab Allah kerana mendustakan Rasul mereka. Apabila ayat berkaitan azab dibaca kepada orang arab, mereka sangat takut dan bimbang sehingga ada setengah dari mereka menitis air mata mengenang dosa2 yang lalu.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP