Oh bahasaku
12 tahun yang lalu
Alhamdulillah yang teramat sangat, saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat dan kesejahteraan kepada diri ini yang banyak kurangnya.
Pada bulan 5 yang lalu, saya telah di hubungi Puan Siti ( dari JAKIM), dalam panggilan tersebut beliau memberitahu bahawa saya terpilih untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Indonesia yang akan berlangsung bulan 6. Berkebetulan pada ketika itu, saya di musim final exam Master, dan terpaksa menolak tawaran tersebut, sambil berpesan kepada Cik Citi, supaya Jakim memberi tawaran lain sebagai ganti kepada pertandingan tersebut.
Selepas sebulan berlalu, saya sekali di hubungi orang yang sama dan memberitahu perkara yang sama, bahawa saya di pilih Jakim untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz di peringkat antarabangsa yang akan dilangsungkan di Jordan. Saya ketika itu, rasa amat bersyukur kerana mendapat tawaran lebih baik dari sebelum ini, dan bertekad tidak akan menolak rezeki dan peluang keemasan ini. Pertandingan tersebut, di jadualkan berlangsung pada bulan ramadhan.
Di jadikan cerita, dan tiada rezeki saya di Jordan, pihak Jakim telah memilih calon lain untuk dihantar ke Jordan bagi mewakili negara dalam pertandingan tersebut. Perasaan hiba dan agak kecewa menyelusuri diri ketika itu, saya pada masa itu cube memujuk hati ini, supaya bersabar kerana tiada rezeki untuk menjejak kaki ke bumi Jordan.
Walaubagaimanapun, episod pilu sedih akhirnya terubat, apabila sekali lagi, saya di hubungi orang sama untuk menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan hafazan di Mekah. Setelah mendengar pengkhabaran tersebut, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Allah kerana memberi nikmat yang tersangat hebat kepada diri yang serba lemah ini. Alhamdulillah, rupa-rupanya Allah ingin membalas dengan yang jauh lebih baik lagi dari tawaran sebelum ini. Puan Siti telah memberitahu bahawa pertandingan akan berlangsung pada bulan Disember 2011.
Hari ini, 12/12/2011 merupakan hari terakhir saya membuat persiapan yang terbaik untuk menyertai pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Mekah . Alhamdulillah semua barangan keperluan termasuk 2 helai jubah, baju melayu bersongkok dan lain2 sudah beres. Insya-Allah hari selasa 13/12 saya akan berangkat ke tanah suci menerusi kapal terbang Saudi Air line.
Saya berharap, sepanjang pemergian ke tanah suci, semua akan berada dalam keadaan selamat sejahtera. Kepada kawan2 sekelian, saya mengharapkan doa dari anda semua, supaya mendoakan terbaik untuk saya semasa pertandingan di sana nanti sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Read more...
“..Ya nabi salam alaika , ya rasul salam alaika , ya habibi salam alaika , solawatullah alaika 2x ..” bunyi ringtone Cek Maher Zain, “siapa pula yang kol ni ?,” soal saya dalam hati dan terus menjawab panggilan dari nombor yang tidak di kenali tersebut .
“Boleh bercakap dengan En Syafee?,” tanya beliau . “yee saya Muhammad Syafee,”. Selepas itu beliau terus memberitahu kepada saya bahawa saya telah berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah . Perasaan gembira teramat sangat mampu saya nukilkan dengan kalimah “ alhamdulillah” , terima Ya Allah yang telah memakbulkan permintaan saya.
Pada bulan lepas, saya telah berjumpa dengan Ustaz Fairoz (salah seorang staf) di KUIS, beliau memberitahu bahawa ada jawatan kosong di Jabatan Tahfiz Quran dan Qiraat, dan beliau terus menyarankan kepada saya untuk mencuba nasib. Saya pada mulanya, ragu-ragu untuk memohon jawatan tersebut , tetapi beliau memberi sokongan dan dorangan supaya mencuba terlebih dahulu.
Pada keesokkannya, saya telah mengisi borang untuk permohonan jawatan tersebut dengan harapan akan di terima . Borang tersebut, telah saya wakilkan kepada Ustaz Fairoz untuk menghantar terus ke kolej tersebut. Selepas 2 minggu, saya telah di hubungi oleh Jabatan Sumber Manusia KUIS, supaya menghadiri sesi temuda untuk pemilihan pensyarah baru.
Saya telah memberitahu berita tersebut kepada Ustaz Fairoz, bahawa saya telah di panggil untuk sesi temuda tersebut. Pada hari temuduga, saya telah pergi bersamanya sebab saya tidak mengetahui jalan untuk ke KUIS . Semasa dalam perjalanan, sempat saya bersembang dengan beliau dan bertanya bagaimana cara untuk menjawab soalan semasa temuduga nanti. “alaa, enta jawab jee ape yang di tanya,” respon ringkas dari beliau.
Setibanya disana, saya terus ke bahagian Sumber Manusia dan mendaftar untuk temuduga. Rupa-rupanya, sudah ada 5 orang yang telah menunggu untuk sesi temuduga pensyarah. Bila bertanya kepada mereka mengenai jawatan yang di pohon, “ kami ingin memohon jawatan kosong Fakulti Dakwah,” jawab mereka. “oooo, jadinya, aku sorang jelaa yang mintak Jabatan Tahfiz ni?,” fikir saya dalam hati.
Selepas 10 minit,nama saya di panggil untuk sesi temuduga, saya memulakan langkah kanan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim . Saya terus masuk dan memberi salam kepada 5 orang panel yang siap sedia menemuduga calon2 bakal pensyarah. Saya yang agak tenang, duduk sambil tersenyum sahaja.
Hampir 20 minit juga sesi temuduga dalam bahasa arab itu, bagi saya, ia agak mencabar kerana terpaksa menggunakan bahasa arab semasa menjawab soalan2 yang di ajukan. Alhamdulillah, saya mampu menyusun bait2 kata dengan sempurna dan terus sahaja menjawab persoalan apabila di ajukan tanpa berpikir panjang.
Diantara permintaan dan harapan daripada panel temuduga tersebut, supaya saya dapat memberi komitmen yang sepenuhnya, jikalau dapat bekerja nanti. Selain itu, pesanan beliau lagi supaya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi di kolej itu. Saya pada masa itu, saya menjawab, insyaallah, akan mencuba untuk melakukan yang terbaik dan memberi sumbangan serta komitmen yang penuh kepada KUIS.
Bermula awal bulan 1/11/2011, saya akan memulakan kerja baru sebagai pensyarah, doa dan harapan saya supaya boleh terus istiqomah dalam mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik di KUIS nanti.
© Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP