Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Perlantikan Ahli Lajnah Khairiah

Khamis, 18 Oktober 2012

Pelajar Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) baru sahaja selesai menduduki final exam sesi 1 2012/2013, semoga antum semua najah dengan cemerlang dan mendapat result yang terbaik. Bermulanya 20/9/2012 kesemua pelajar akan menikmati percutian selama sebulan selepas mana penat lelah mentelaah dan mengulangkaji pelajaran untuk persiapan exam yang lepas. Walaupun sesi P&P (pengajaran & pembelajaran) tiada pada musim cuti ini, pensyarah tetap hadir ke kolej untuk menyelesaikan fail-fail dan membuat persiapan sebelum sesi baru bermula nanti.

Alhamdulillah, saya hampir menyiapkan semua kerja-kerja "me-right" paper dan "care-in" markah subjek yang di ajar sem ini, ingat boleh menarik nafas lega setelah menyiapkan semua kerja-kerja tersebut, tetapi datang pula kerja baru yang agak mencabar. Sebenarnya, apabila kita bertugas di kolej @ universiti, kita hendaklah membuat sesuatu yang memberi manfaat bersama, samaada kepada jabatan @ fakulti,barulah mendapat hasil yang positif.

Saya baru sahaja menerima perlantikan ahli Lajnah Khairiah Akademi Islam, di unit Penerangan dan Publisiti. Unit ini berfungsi untuk mewarwarkan aktiviti-aktiviti dan berita terkini daripada Lajnah Khairiah. Selain itu, saya ditugaskan untuk merakam aktiviti dalam bentuk gambar sebagai kenang-kenangan.

Berbekalkan DSLR 500D Canon, sangat memudahkan urusan saya untuk menyelesaikan misi tersebut. Alhamdulillah, setakat hari ini, program HI-TEA D'AIDIL FITRI pada bulan lepas dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil dari bantuan kawan-kawan sekerja.

2 minggu lepas, Dekan Akademi Islam, Ust Fairooz telah memberi satu cadangan supaya di buat satu carta organisasi pensyarah Akademi Islam. Saya sangat menyokong idea bernas beliau, kerana dengan adanya carta organisasi ini, dapat membantu pelajar untuk mengenali para pensyarah. Saya merasa agak kesal, apabila pelajar tidak dapat membezakan pensyarah dengan pelajar.

"...Berkemungkinan juga ada pensyarah yang sangat muda dan tiada beza sangat dengan pelajar menyebabkan pelajar sukar untuk membezakan di antara pensyarah atau pelajar..."

Walau bagaimanapun, saya sangat berharap selepas adanya carta organisasi yang kiat di buat sekarang ini, dapat membantu pelajar mengenali kesemua pensyarah samaada yang muda mahupun dewasa. Menjadi satu keaiban sebenarnya jikalau pelajar tidak mengenali seseorang guru, walaupun guru tersebut tidak pernah mengajarnya.

Wallahu a'lam.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP