Jemputan Mengaji di Karnival Keluarga Sakinah
Ahad, 18 November 2012
Surau Platinum Al-Mawaddah telah menganjurkan Karnival Keluarga Sakinah pada 17/11/12. Program ini julung2 kalinya telah diadakan disini hasil kerjasama dengan IKRAM Shah Alam.
Majlis perasmian Karnival telah berlangsung kira-kira pukul 9.30 pagi setelah di ukuti bacaan al-quran pada awal majlis. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada ahli qaryah platinum dan masyarakat sekitarnya.
Diantara program yang dianjurkan sepanjang karnival ini adalah, forum keluarga sakinah, yang menampilkan ahli panel Ustazah Maznah bt Daud, Imam Muda Naufal, Puan Faridah Maludin. Forum ini telah dimoderatorkan oleh Al-Fadhil Ust Fairooz(Pengerusi Surau Al-Mawaddah).
Forum tersebut banyak membincangkan tentang bagaimana membentuk keluarga bahagia. Alhamdulillah, forum tersebut berlangsung sehingga tengahari dan mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung karnival ini.
Tepat pukul 1 petang, azan dikumandangkan menanda masuknya waktu solat zohor, dan berakhirlah program karnival keluarga ini. Program ini memang sungguh bermanfaat kerana dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim kepada warga Platinum di Seksyen 7 ini. Saya berharap program seperti ini dapat dianjur lagi pada masa akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan