Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

"what happens after Ramadan"

Ahad, 12 September 2010

Bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita 3 hari yang lepas. Aidilfitri di sambut dengan gilang-gemilang sekali di seluruh pelusuk dunia dengan berbagai cara dan tradisi. Sambutan hari aidilfitri semestinya akan diraikan sehebat2 nya dengan pelbagai acara dan sebagainya. Namun, itukah yang kita mahukan? apakah noktah ramadhan akan berkubur begitu sahaja apabila munculnya aidilfitri ?

Persoalan yang saya ingin bicarakan pada kali ini "what happens after Ramadan" apa yang berlaku selepas Ramadhan. Syawal 1430 telah tiba dan kita semua boleh merasakan satu perubahan yang amat berbeza sekali suasana Ramadhan dan Syawal. Kemanisan syawal telah melupakan semua kapahitan dan keperitan ramadhan. Pada masa ini, kita semua merasa seolah2 ramadhan tidak pernah dilalui dan dikunjungi kita.

Amat malang dan rugila bagi sesiapa yang tidak mengambil manfaat dan pengajaran di bulan ramadhan. Allah menghantar ramadhan kepada kita, sebagai rahmat dan berkat. Setiap amalan yang dilakukan akan di ganjakan berlipat kali ganda. Tidak hairanlah, terlalu ramai sekali manusia ke rumah2 Allah untuk melakukan ibadah wajib mahupun sunat pada bulan ramadhan, namun hari ini, suasana kemeriahan bulan ramadhan sudah suram, bilangan makmum semakin berkurang, tiada lagi kedengaran tadarus waktu malam dan banyak lagi perubahan yang berlaku dengan sekelip mata sahaja apabila syawal muncul.

Berbahagialah orang-orang yang beriman pada hari ini dengan benar-benar merasai nikmat takwa hasil pengorbanan yang dilakukan sepanjang bulan r semata-mata kerana Allah dengan meninggalkan makan dan minum serta perkara-perkara harus yang lain untuk satu tujuan iaitu mendapatkan takwa. Tahniah buat mereka yang telah benar-benar menunaikan hak-hak ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Apakah semangat dalam menunaikan ibadah pada bulan ramadhan sudah kendur di telan syawal ? Adakah stamina yang dijana didalam bulan Ramadhan masih dapat dipacu untuk menjadi modal beribadah dibulan-bulan seterusnya ? Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu seperti sebelum Ramadhan ???

Apa yang berlaku secara realitinya selepas Ramadhan ialah masjid-masjid dan surau-surau kembali lengang daripada jemaah yang sebelumnya telah berpusu-pusu memenuhi ruang-ruang kosong di tempat-tempat tersebut. Bahkan trend pengurangan jemaah ini telah bermula semenjak penghujung Ramadhan lagi. Mereka yang tinggal hanyalah ahli-ahli setia masjid dan surau yang biasa terdiri daripada golongan tua dan kurang upaya yang lanjut usia.

Ramadhan yang baru sahaja melalui hidup kita perlu dijadikan motivasi untuk kita meneruskan kesungguhan beribadah kepada Allah dalam bulan-bulan seterusnya. Jika di malam-malam Ramadhan, kita boleh hadir ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih berjamaah, tentunya logik kita berkata "kita wajar menunaikan solat fardhu juga secara berjamaah selepas Ramadhan". Kalau puasa mendidik pancaindera kita dari terjebak dalam perkara-perkara yang haram di bulan Ramadhan, tentunya selepas Ramadhan anggota-anggota ini terdisplin sendiri hasil tarbiyah Rabbani di bulan ramadhan.

Konsisten dalam amalan adalah sangat sukar untuk diperolehi sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan dan mujahadah dalam kita mengabdikan diri kepada Allah. Nilai "istiqamah" yang perlu kita sama-sama semai dalam amal-amal yang telah kita latih sepanjang Ramadhan. Bukan itu sahaja, kita juga perlu istiqamah dalam menjauhi kemungkaran dan dosa-dosa yang telah kita jauhi sepanjang ramadhan. Berusahalah untuk mengekalkan amal-amal tersebut dengan sering membersihkan diri dengan zikrullah sehingga tiada yang lebih seronok dalam hidup kita selain daripada mengingati Allah.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP