Alhamdulillah
Rabu, 8 September 2010
Hari ini merupakan hari ke-29 ummat islam berpuasa di seluruh pelusuk dunia. Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan ibadah di bulan mulia yang penuh ganjaran ini.
Pada tahun ini, alhamdulillah Allah memberi saya peluang untuk bertugas di bumi Mesir. Pengalaman menjadi imam terawih di sini cukup berbeza berbanding di Malaysia. Di sini, kebanyakan masjid melakukan 8 rakaat sahaja dan mengkhatam 1 juz untuk 8 rakaat tersebut, pahtu di ikuti solat witir. Kalau di pikirkan semula, memang sungguh lama dan panjang bagi satu2 rakaat itu, hampir 3 muka surat, tapi alhamdulillah, komitmen orang di sini jauh lebih baik berbanding Malaysia, walaupun agak panjang, mereka semua tetap meneruskan solat sampai akhir.
Bacaan 30 juz telah dikhatamkan pada malam 29 ramadhan yang lalu,tahun ini merupakan tahun pertama saya bertugas imam terawih yang mana sempat menghabiskan 30 juz, saya pada mulanya, tidak mempunyai keyakinan, tapi apa yang di target kini menjadi kenyataan, alhamdulillah.
Disini sempat saya rakamkan audio semasa bertugas imam terawih di Jabal Mukattam ini, semoga audio ringkas ini menjadi sentuhan semangat yang baru untuk diri saya khasnya, dan para pendengar semua, semoga kita semua dapat manfaat dan ganjaran setimpal dari Allah..
0 comments:
Catat Ulasan