maso di lewatkan 1 jam
Jumaat, 30 April 2010
["eh, pukol bpo do kito ni,aso ngatuk la plok?"tanya saya kepada kawan serumah. laarr!! demo tok kelih jam ko? tengoh male do kito ni, semale baru tuka jam,loni maso di lewat kan sejam. ]
Dialog Bahasa Kelantan diatas, adalah perbualan spontan saya semalam bersama kawan 1 rumah. Saya tidak menyangka bahawa waktu sebelah malam kini semakin pendek. Aik!!! Bakpo plok jadi gitu tuh? Mari kita discuss.
Semalam kerajaan Mesir telah membuat pengemuman, bahawa waktu sekarang akan di lewatkan(tambah) 1 jam. Sebagai contoh mudah, waktu solat, sebelum ni masuknya waktu solat fardhu magrib di Qaherah dan kawasan sewaktu dengannya pukul 6.30 petang, akan tetapi, pada masa sekarang masa sudah berubah, masuknya waktu magrib sekarang pada pukul 7.30 petang.
Waktu di lewatkan, sebagai tanda pertukaran musim akan berlaku pada masa terdekat. WAA!! seronoknya bunyinya. Musim sejuk sudah di penghujungnya, maknanya musim panas akan menjelang bila2 masa. HHM..Apa yang boleh kata, tiada benda yang menyeronokkan, musim panas, memang panas sesangat, kadang-kadang suhu mencecah 45 darjah celcius, pernah saya beberapa kali sampai terkeluar darah dari hidung kerana tidak tahan dengan teriknya cahaya matahari. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Pada masa sekarang, waktu solat sama dengan waktu tanah air di Malaysia, saya merasakan waktu kembali normal seolah berada di bumi Klate tercinta. Akan tetapi, rasa macam tidak patut pulak, sebab kita akan rasa waktu malam amat pendek sekali. Pada minggu2 akan datang perubahan waktu solat semakin meningkat, contohnya, waktu isyak sebelum ni, 7.45 malam, selepas ditukar jam, menjadi 8.45 malam, dan pada minggu2 akan datang, masuknya waktu isyak agak lewat iaitu pada pukul 9.45 malam. Memang sungguh lewat, ada tu, kadang2 sampai pukul 10.30 malam baru selesai solat isyak.
Waktu malam akan menjadi singkat, kadang2 bersembang sampai subuh pom tak terasa, kerana waktu malam kejap sangat, sedar2, fajar sudah terbik dari ufuknye. Begitulah situasi yang berlaku di Mesir ini, kalau di Malaysia, jangan harap perkara seperti akan berlaku......
8 comments:
mm..
jd lps isyak trus la tdo
لا سمر بعد العشاء
(hadis)
ehhe...cmtu la nmpak nya..mmg aku kne talaqqi lpas mabrib da la nnti..huhu
Salam. Dah lama tak jenguk sini.
Kami di Australia pula dah kena awalkan sejam masa permulaan April. Sekarang ni 5.35 dah gelap, dah masuk maghrib dah. Subuh pula 5.26. Kalau di Mesir nak masuk musim panas, kami ni sedang musim luruh.
Kali pertama rasa macam ni sebab baru 3 bulan kat negara orang. Subhanallah...
tp kan, lpas fikir2 balik..
jam bukan dilewatkan..
tapi dicepatkan satu jam..
kan?
haha..pe beza lwat ngn cpat nye dini? sme jer..
bezanya..
kalau lewat 1 jam = tolak 1 jam
kalau dicepatkan 1 jam = + 1 jam
xgitu?
yela dini...mu sokmo bnr
salam.em..malaysia mmg xjumpa keadaan sebegini rupa..dh 20tahun hidup kat malaysia ni..paling hebat pun turun hujan batu je
Catat Ulasan