Cuti daa....
Rabu, 21 April 2010
Sesi pembelajaran di Maahad Qiraat 09/10 sudah berakhir pada minggu lepas, Alhamdulillah sempat saya memenuhi kehadiran penuh sepanjang minggu terakhir sesi kuliah tahun ini. Saya merupakan pelajar tahun akhir di sini, berasa amat sedih kerana tidak berapa lama lagi, akan meninggalkan bumi Mesir yang banyak memberi pengertian dan pembelajaran kepada saya.
Sementara masa yang ada ini, akan saya manfaat sebaik yang mungkin, dengan memenuhi kelas pengajian dan talaqqi. Terkenang hari terakhir dalam kuliah, terasa sangat sedih kerana hari itu merupakan hari terakhir saya dan teman2 bertalaqqi qiraat bersama Syeikh Ahmad. Beliau dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada tahun ini.
Sebut pasal Syeikh Ahmad ini, beliau merupakan seorang yang sangat baik. Kelembutan dan hikmahnya menarik minat kepada sesiapa yang berjumpa dengannya. Kadang2, ada juga senda gurau beliau sengaja "mengenakan" pelajar yang membaca semasa kelasnya. Pernah sekali saya, terkena semasa membaca dengannya, dia sengaja memberi arahan supaya kita membaca qiraat dengan cara bacaan tertentu, sedangkan tiada khilaf pun dalam ayat tu, akhirnya, bagi yang tidak peka akan terpedaya dengan Syeikh, saya di panggil ke depan lalu di pulas telinga. Memang rasa malu sangat hari tu, nasib baiklah, tidak ramai yang hadir pada hari tersebut.
Kenangan pahit, kini menjadi indah dan manis buat saya untuk meneruskan cita2 dan misi saya bagi mencapai apa yang direalisasikan. Sempat juga, kawan merekod video pendek di bawah, semasa sesi pembelajaran bersama Syeikh Ahmad, akan saya abadikan selamanya dalam ingatan saya.
3 comments:
akhirnya..
boleh pun..
=p
rugi aku xde time mu kene pulas telinge tu..
hihi..
ape2 pun mu kene banyak2 time kasih kat baim utk video tu..
penat die rakam tu
haha
hhm...aku trima ksh sprh ati jer..
mmg x lpe jse bek die tu..
klu vidoe tu start dri awl...lgi best..hoho..
maaf..tak tahu nk letak kat entry mane perkara ni...seorg sahabat telah menyampaikan ini kpd sy..same2 cube hayati
Para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Bahkan dia pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, "arahan harian" atau "surat pekeliling" bagi dilaksanakan serta merta!
lanjut boleh rujuk: petunjuk sepanjang jalan; 11
Catat Ulasan