Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Cook Door lagi.....

Khamis, 1 Julai 2010

Saya tiba2 di hubungi seorang sahabat, "sapo ni?", soal hati..
oo.. dia rupanya, saya terus angkat telefon, rupa2 nya dia ingin menjemput saya untuk pergi makan malam bersamanya. Tepat waktu seperti yang di janjikan, saya terus bergerak dari rumah dan berjumpa dengan kawan tu di Jalan Shoubra untuk menuju ke destinasi yang bakal kami tuju itu. Perasaan saya sungguh happy dan gembira kerana dapat menikmati hidangan lazat nanti.

Setibanya disana, saya melihat kedai makan yang sungguh terpegun di tepi jalan utama di bumi Shoubra ini, sekali imbas seakan-akan berada di Kuala lumpur."eh, ape yang dok menung2 ni?",tegur kawan saya, terus saya tersedar dari khayalan yang sungguh tak menarik itu.

Tanpa membuang masa, saya terus masuk ke kedai tersebut, alhamdulillah sejuknya rasa, suasana yang sungguh mendamaikan. Selepas kami mengambil tempat duduk, saya terus menyuruh kawan saya supaya mengambil menu makan yang ada di bahagian kaunter.

Selepas itu, kawan saya menyuruh untuk memilih apa sahaja menu yang di sukai,"alaa, tak kesa la, order je apa yang nak, takpa, aku belanja malam ni". Saya yang berkebetulan tak bertemu dengan nasi pada hari itu, terus memilih untuk memakan nasi.

Sebenarnya, amat sedikit kedai di sini yang menjual nasi,kerana makanan rutin arab adalah roti, hanya kedai makan yang tertentu sahaja yang terdapat menu special ini. Kedai COOK DOOR yang menjadi pilihan kami ini merupakan kedai makan yang menjadi pilihan orang yang berada sahaja, kerana harga makanan di sini amat mahal. Kalau nak ikutkan, lebik baik makan di rumah, tetapi demi tidak menghampakan kawan saya, saya ikut bersama menikmati di kedai makan Cook Door tersebut,maklumla, makan free orang belanja.

Jika ingin di bandingkan dengan tempat lain, makanan di sini juga sedap dan lazat, kira padan la dengan harga yang mahal. Sepinggang nasi, 4 ketul ayam bakar di tambah kentang dan kuftah(daging) berharga LE 29. Kalau pikir sekali memang takda harapan dah la nak datang lagi, harga sungguh mahal, tapi alhamdulillah, kitorang berpuas hati dengan hidangan tersebut.

Hampir setengah jam juga kami disana,selepas membasuh tangan saya mengajak kawan keluar dari kedai. Selang beberapa minit,muncul sebuah bas, dan kawan saya menaikinya. Saya pula pulang ke rumah dengan hati yang riang sekali..

Read more...

Huhh..Kalau da Merajuk!!!

Ahad, 30 Mei 2010

Kenapa Merajuk ?


Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.



Siapa yang kena penyakit Merajuk ?


Penyakit Merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.



Punca Merajuk


Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.


Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.



Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.



Apakah Merajuk lebih baik dari marah?


Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.



Bagaimana mengubati sikap Merajuk ?


Untuk mengubati sikap Merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.



Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.



Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.



Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.



P/S : Kalau dah Merajuk , Kenalah Pujuk

Read more...

ooh Azizah...

Selasa, 25 Mei 2010

Saya tiba2 di hubungi Syeikh Nabi, "eh, ada apa syekh call ni?"soal hati. Rupa-rupanya syeikh menyuruh untuk pergi talaqqi di Masjid Khozandarah sekarang juga. Pada kebiasaannya, saya bertalaqqi di rumah beliau pada waktu malam. Akan tetapi, pada hari berkenaan, syeikh ada sesi mengajar di Madinatul Nasr pada malamnya, dan menukar waktu talaqqi saya pada siang hari.
Selepas itu, saya terus bersiap dan terus ke Masjid Khozandarah. Dalam perjalanan, saya terpikir ingin membeli sesuatu kepada Syeikh, "takkan nak pergi tangan kosong je", fikir saya. Sebelum sampai ke masjid, sempat saya singgah di kedai Halawiat (Manisan). Sebenarnya, saya sudah lama mengidam halawiat ni, semenjak pulang dari tanah air bulan 1 hari tu sampailah hari ini, alhamdullilah dapat juga menghilangkan rasa rindu pada halawiat ini.

Halawiat mempunyai banyak jenis, antaranya Balash syam, Basbusah , Azizah dan lain2. Antara semua jenis halawiat ini, Azizah adalah paling saya suka, rasanya sungguh sedap dan enak. Azizah merupakan halawiat yang berasaskan susu dan kelapa. Ianya tidak terlalu manis dan rasa amat lazat dan sedap. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza, ada yang minat semua jenis halawiat dan ada juga suka kepada jenis2 halawiat yang tertentu sahaja.

Saya membeli 1 kg Azizah yang di bungkus 2 plastik, satu untuk syeikh, dan satu untuk santapan peribadi. Harganya tidaklah terlalu mahal, hanya LE 10 untuk 1 kg. Sempat juga saya perhatikan jenis halawiat yang lain, rasa terliur juga, hhm...telan air liur sahaja yang mampu. Niat dalam hati, Insya-Allah akan menyusul pada masa akan datang. Selepas itu, saya terus bergerak ke Masjid Khozandarah untuk bertalaqqi dengan Syeikh Abd Nabi.... end story

Read more...

sharing-sharing

Sabtu, 22 Mei 2010

Wanita yang ingin mendalami hati budi seorang insan bernama lelaki, haruslah mengetahui beberapa ciri-ciri yang terdapat pada lelaki selain daripada segi fizikal. Di sini saya bukan bermaksud untuk mendedahkan keaiban insan lelaki di luar sana, tetapi ini adalah sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenal hati-budi, malah ini boleh dianggap sebagai tips untuk perempuan di luar sana menambat hati lelaki.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi. Mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

Read more...

SIFAT-SIFAT HIPOKRIT

Ahad, 16 Mei 2010

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."
- Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr -

Hadis ini menerangkan 4 ragam sifat 0rang munafik :

-->Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

-->Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

-->Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

-->Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP