Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

ooh Azizah...

Selasa, 25 Mei 2010

Saya tiba2 di hubungi Syeikh Nabi, "eh, ada apa syekh call ni?"soal hati. Rupa-rupanya syeikh menyuruh untuk pergi talaqqi di Masjid Khozandarah sekarang juga. Pada kebiasaannya, saya bertalaqqi di rumah beliau pada waktu malam. Akan tetapi, pada hari berkenaan, syeikh ada sesi mengajar di Madinatul Nasr pada malamnya, dan menukar waktu talaqqi saya pada siang hari.
Selepas itu, saya terus bersiap dan terus ke Masjid Khozandarah. Dalam perjalanan, saya terpikir ingin membeli sesuatu kepada Syeikh, "takkan nak pergi tangan kosong je", fikir saya. Sebelum sampai ke masjid, sempat saya singgah di kedai Halawiat (Manisan). Sebenarnya, saya sudah lama mengidam halawiat ni, semenjak pulang dari tanah air bulan 1 hari tu sampailah hari ini, alhamdullilah dapat juga menghilangkan rasa rindu pada halawiat ini.

Halawiat mempunyai banyak jenis, antaranya Balash syam, Basbusah , Azizah dan lain2. Antara semua jenis halawiat ini, Azizah adalah paling saya suka, rasanya sungguh sedap dan enak. Azizah merupakan halawiat yang berasaskan susu dan kelapa. Ianya tidak terlalu manis dan rasa amat lazat dan sedap. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza, ada yang minat semua jenis halawiat dan ada juga suka kepada jenis2 halawiat yang tertentu sahaja.

Saya membeli 1 kg Azizah yang di bungkus 2 plastik, satu untuk syeikh, dan satu untuk santapan peribadi. Harganya tidaklah terlalu mahal, hanya LE 10 untuk 1 kg. Sempat juga saya perhatikan jenis halawiat yang lain, rasa terliur juga, hhm...telan air liur sahaja yang mampu. Niat dalam hati, Insya-Allah akan menyusul pada masa akan datang. Selepas itu, saya terus bergerak ke Masjid Khozandarah untuk bertalaqqi dengan Syeikh Abd Nabi.... end story

5 comments:

Ahmad Nordinie 25 Mei 2010 pada 9:47 PG  

hehe..
lpas ni bleh blanja aku mkn bende tu..
:D

aqmar 25 Mei 2010 pada 12:58 PTG  

nmpk sdap bnor azizah tue syeikh..apalagi, post la kt qma kt s.alam nie..hehee..
xmanis ke azizah tue??atau manis biasa2 ja..

Cahayamylife 26 Mei 2010 pada 4:43 PG  

ni dah belajar cara nak buat belum? kalo tak wat2, menetap kat sana je la.kang mengidam lagi. =)

[ sYeKhuL IsLaM ] 26 Mei 2010 pada 6:20 PG  

to qma: hehe..ase nye sedang2 shje..

to norhyti: mudah je tu,bdk kcik pon reti

Tanpa Nama 26 Mei 2010 pada 6:27 PTG  

ouh saye tertipu..
ingatkan entry pasal wanita yg bernama azizah..
rupanya sjnis makanan..teringin nak rase =)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP