Jangan Bina Masjid sebelum....
Isnin, 25 Oktober 2010
Perkahwinan merupakan jalan syara' yang di ajar oleh Baginda SAW. Hukum bernikah wajib bagi sesiapa yang tidak dapat menahan dirinya dari melakukan perkara terlarang. Hukum sunat bagi sesiapa yang sudah mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan mampu memimpin kaum wanita. Persoalannya, apakah kita betul2 bersedia untuk membina sebuah mahligai kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini. Sebelum memasuki alam perkahwinan hendaklah kita melakukan penilaian yang terbaik supaya dapat menuju ke landasan yang sebenar.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
2 comments:
salam. mintak izin share ye. terima kasih~
ps: banyak entri pasal alam baru nampak. ;) ehem!
aku rase mu ade da ciri2 tu p..
bleh nikah da ni..
hihi
Catat Ulasan