Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

sifat-sifat yang merosakkan

Ahad, 11 Julai 2010

Setiap Kebaikan pastinya membawa kebahagian dan kesejahteraan dalam kehidupan kita. Sementara itu keburukan yang berlaku membawa kepada kehancuran serta kemusnahan dalam masyarakat. keburukan berlaku di sebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah, dan mengutamakan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara.


Sabda Nabi(SAW): "Tiga perkara yang merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut dan bakhil serta bangga dan kagum diri sendiri.

Sifat pertama hawa nafsu.Hawa nafsu bukan dibunuh, tapi dididik. Kerana nafsu dunia jadi indah, sebab itu dunia dibangunkan,rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita yang mengindahkan kehidupan, selama mana ia dalam batas syariat,ia adalah diharuskan.

"ikut nafsu, LESU
ikut hati, MATI
ikut rasa, BINASA"

Remaja yang ternggelam dalam nafsu lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, berhibur secara berlebihan, akhirnya nafsu menjadi "TUHAN", berkiblatkan perasaaan serta melupakan batasan agama. Pada masa itu, pekak telinganya, buta matanya akhirnya terkunci hatinya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan,Allah membiarkan mereka sesat dalam berilmu dan Allah mengunci mati pendengaran serta hatinya"

Ini dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di Universiti, ilmu banyak, mempunyai ijazah berjawatan serta gaji tinggi dan lumayan, tetapi jadi "pak turut nafsu". Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai jenayah. Hakikatnya jika ingin menjadi insan yang baik,bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu yang menggila.

Sifat kedua yang merosakkan adalah kedekut. Kedekut ialah terlalu cintakan harta sehingga melupakan hak orang lain dari hartanya. Mereka tidak terasa terpanggil untuk membantu sesama muslim dalam ekonomi seperti membeli produk halal dan sebagainya. Ada segolongan itu, menghamburkan duit di tempat perjudian, minuman keras, melayan teman wanita serta kelab malam. Amat malang sungguh, kerana derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid dibiarkan.

Kedekut bukan khusus kepada duit sahaja, tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota, resepi dan tenaga. Tidak mustahilla jikalau program kebaikan dan bermanfaat tidak langsung mendapat sokongan yang memberangsangkan.

Sifat Ketiga adalah riak bangga diri. Ia semestinya akan merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang takabbur ini, merasa diri mereka lebih hebat dan luar biasa dan orang lain takkan mampu menandinginya.

Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan, sukar untuk mengakuinya dan jarinya menuduh menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya.

Sebagai kesimpulan ketiga-tiga isi saya di atas, kita hendaklah senantiasa muhasabah diri kita, agar semua sifat yang merosakkan tersebut dapat dihindari dan dijauhi demi kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan kita.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP