Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::FiTNaH WaNiTa::

Sabtu, 1 Ogos 2009


Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.


blogger-emoticon.blogspot.com

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti

apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.


blogger-emoticon.blogspot.com

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.


blogger-emoticon.blogspot.com

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.


blogger-emoticon.blogspot.com

Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.


"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."

(At-Taghaabun : 14)


blogger-emoticon.blogspot.com

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkok, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.


blogger-emoticon.blogspot.com

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.


blogger-emoticon.blogspot.com

Asbabu nuzul(sebab penurunan) ayat 1-2 Surah at-Tahrim kerana angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Baginda Rasulullah saw telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi kerana untuk menjaga hati isterinya. Allah telah menurunkan firman Nya :



"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?"

(at-Tahrim :1)


blogger-emoticon.blogspot.com

Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan. Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna.



Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Read more...

::Jaulah Matruh & Siwa::

Jumaat, 24 Julai 2009

سيروا في الأرض فنظرو كيف كان عقبة المكذبين


Berjalanlah kamu di bumi ALLAH, dan perhatikanlah bagaimana akibat orang2 yang mendustakan (rasul-rasul)


Surah ali imran ayat 137




Persatuan sini telah menganjurkan jaulah ke Matruh & Siwa, Alhamdulillah agak ramai jugak pelajar di sini yang menyertai program jaulah ini. Kami kesana menaiki bas yang di sewa oleh persatuan sini. Matruh & Siwa merupakan salah satu tempat percutian musim panas pelajar di sini. Perjalanan dari Qaherah mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Matruh melalui jalan darat. Untuk sampai ke Siwa, 3 jam lagi perjalanan menaiki bas. Jarak kedua tempat ini terlalu jauh dari Qaherah dan semasa dalam perjalanan hanya padang pasir sahaja yang kami kelihatan. Masya-Allah sungguh hebat dan mengkagumkan.




Pukul 9 malam kami tiba di Matruh, suasana yang sungguh meriahkan disana menyebabkan kami terlupa seketika kehidupan di Qaherah.Ramai sungguh orang di sana, kebanyakkan dari Muhafazah(negeri) lain, kemungkinan datang bercuti jugak di sana. Selepas itu kami chek-in ke hotel yang berdekatan. Selepas makan malam, kami keluar bersiar ke persisiran pantai dengan menunggang basikal yang di sewa dari kedai berdekatan. Kami melihat bermacam-macam gelagak manusia di sana. Mereka semua dalam keadaan yang amat gembira mengisi masa cuti bersama keluarga masing2. Hampir 1 jam lebih, kami menunggang basikal bersiar-siar di kawasan pantai dan selepas itu, kami bertolak pulang ke Hotel kerana keletihan.




Pada hari kedua, kami meneruskan jaulah ke Siwa. Perjalanan yang sungguh memborinkkan kerana hanya padang jarak padang terkukur sahaja yang kami kelihatan semasa dalam perjalanan ke sana. Selepas 3 jam kami tiba di Jabal Mauta, akan tetapi kami tidak melawat kerana bayaran tiket terlalu mahal di kenakan untuk setiap orang. Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Siwa Qadim( Bandar Siwa lama). Bangunan di sana memang sungguh klasik & antik yang berdinding tanah liat, teringat pula seperti cerita Aladdin. Disana juga merupakan tempat penjualan Balah bi lluz (kurma kacang), dari sini kita boleh mendapatkan kurma ini dengan separuh harga (LE 7) berbanding di Qaherah (LE 14). Ramai juga pelajar tidak melepas peluang membeli dengan banyaknya untuk di jual di Qaherah.





Destinasi seterusnya melawat Kolam Cleopatra. Dinamakan sedemikian sempena kedatangan permaisuri iaitu Permaisuri Cleopatra. Setiap pengantin baru akan dimandikan di kolam ini. Ini merupakan satu adat yang dilakukan oleh penduduk Siwa dahulu dan ada yang mengatakan ia masih di amalkan sehingga kini. Kedalaman kola mini lebih kurang 5 meter. Dikatakan kolam Cleopatra ini adalah sumber air utama di sini dan tidak pernah kering sehingga kini. Bagi yang pandai berenang sahaja yang mandi di kolam ini. Hampir 2 jam juga kami di sana sebelum bertolak pulang ke Matruh.





Pada malam kedua, kami telah berkunjung ke Bazar Libya. Ia merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Matruh .Ramai sungguh pengunjung datang membeli belah di sana. Barangan di sana agak murah dan berqualiti Pelajar yang agak berkemampuan tidak akan melepas peluang untuk membeli pakaian di sini kerana harga yang ditawarkan begitu berpatutan. Bukannya selalu dapat berkunjung di bazar ini. Selepas 1 jam di sana, kami agak keletihan dan terus pulang ke hotel.




Keesokan harinya, kami bertolak ke Pantai Agiba yang terletak 10 km dari pekan Marsi Matroh. Keadaan suasana sekeliling pantai yang amat mempersonakan lebih-lebih lagi apabila terbenam matahari yang menghasilkan perubahan kepada 7 warna. Begitu juga keadaan pantai yang dikelilingi oleh batu-batan. Disini tidak sesuai untuk mandi-manda kerana terdapat banyak batu karang yang memberhaya.



Sebelum bertolak pulang ke Qaherah, kami singgah di pantai abyad. Disini, kelihatan ramai muda-mudi mandi-manda. Air pantai yang berwarna biru itu, sungguh memukaukan kepada sesiapa yang meilhatnya. Masya-Allah, sungguh hebat kejadian Allah. Setibanya disana, kami terus ke pantai dan mandi di sana. Perasaan ketika itu amat gembira sekali kerana dapat juga menghilangkan kerinduan mandi laut di Malaysia. Hampir 2 jam kami mandi-manda di pantai abyad sebelum bertolak pulang terus ke Qaherah.



Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di Qaherah pukul 9 malam. Perjalanan pulang semua dalam keadaan yang selamat. Semoga program jaulah @ rehlah seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Read more...

::Ammiah Vs Fasohah::

Jumaat, 17 Julai 2009


45

Bahasa Arab merupakan bahasa yang paling agung. Nabi Muhd diutuskan dari kaum Qurais Mekah yang berbahasa arab.Bahasa Arab juga bahasa Al-quran dan bahasa ahli syurga. Oleh itu, menjadi kawijipan kepada kita untuk mempelajari bahasa arab.


06

Pelbagai cara dan kaedah yang kita boleh gunakan untuk mempelajari bahasa arab ini. Sebagai contoh melalui pembacaan dan pendengaran bahasa arab itu sendiri. saya Alhamdulillah, selain daripada mengikuti kelas bahasa arab berbayar di sini, saya juga mempraktik bahasa arab bersama kawan2 di sini.


13

Bahasa Arab adalah diantara bahasa yang terpayah untuk dipelajari kerana mempunyai nizam disiplin tersendiri yang perlu diketahui oleh penuturnya. Walau bagaimanapun, orang arab di sini lebih banyak menggunakan bahasa Ammiah(pasar) berbanding bahasa Fasohah(kebangsaan) dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini telah menyebabkan kami pelajar Malaysia amat susah untuk memahami perkataan yang dicakap oleh arab sini kerana sungguh jauh perbezaan bahasa arab ammiah & Fasohah ini.



46

Gambar diatas merupakan salah satu keluarga arab yang boleh dikatakan menjadi keluarga angkat saya disini. Penguasaan bahasa kita akan bertambah jikalau kita berkawan dengan ahlinya. Alhamdulillah, banyak juga saya dapat mempelajari perkataan yang agak susah dari Ammu Jamal(nama ayah angkat). Walaupun saya bangsa asing, akan tetapi mereka amat menghormati dan memuliakan saya selaku pelajar di sini .Agak menjadi masalah sedikit pada saya kerana mereka lebih banyak menggunakan bahasa Ammiah dalam pertuturan mereka berbanding bahasa Fasohah.


26

Penggunaan bahasa fasohah amat jarang sekali, sehingga di pejabat rasmi kerajaan pun, orang arab masih berbahasa Ammiah.Setahu saya, penggunaan bahasa Fasohah hanya pada khutbah jumaat sahaja dan di masa lain, bahasa Ammiah menjadi pilihan penduduk di sini.


43

Bahasa Ammiah hanya boleh dipelajari dari arab disini sahaja. Pelajar melayu di sini kebanyakkannya tidak mampu untuk bertutur dalam ammiah kerana terlalu berbelit lidah untuk menyebutnya. Saya tidak dapat nak menggambarkan suasana kehidupan disini kerana pengalaman hidup tidak boleh diungkapkan dengan kata2, melainkan kita sendiri yang melaluinya.

Read more...

:molekul air::

Rabu, 15 Julai 2009

blogger-emoticon.blogspot.com

Tahukah anda air juga mempunyai perasaan!!!

  • Kita boleh berkomunikasi dengan air.
  • Jika keadaannya indah air akan menampilkan wajah manis.
  • Namun jika keadaannya buruk ia akan menampilkan wajah masam.


44Di sini saya akan menunjukkan beberapa wajah air atau tepatnya molekul atau kristal air yang dirakam melalui mikroskop elektron yang dilengkapi dengan kamera yang berkualiti tinggi.


RAKAMAN KAMERA DI ATAS MERUPAKAN BENTUK MOLEKUL AIR KETIKA TIDAK DIBACAKAN DOA



PERNAHKAH KITA MEMBAYANGKAN HAL INI KETIKA MEMINUM SEGELAS AIR PUTIH?


MOLEKUL AIR BERUBAH MENJADI INDAH SETELAH DIBACAKAN DOA.ERTINYA AIR BEREAKSI DENGAN PERLAKUAN KITA TERHADAPNYA








KETIKA DIPERDENGARKAN LAGU YANG TENANG MOLEKUL AIRPUN IKUT SENANG
INDAH BUKAN?
MOLEKUL AIR AKAN MENJADI INDAH
KETIKA DIPERDENGARKAN MUSIK YANG INDAH







KETIKA DIPERDENGARKAN LAGU YANG AGAK TERUK SEPERTI MUSIK HEAVY METAL,WAJAH AIRPUN BERKERUT BERKEMUNGKINAN KEPENINGAN









14Tidak hanya dicaci maki, atau diperdengarkan musik yang keras.
Ketika air tercemar dengan kotoran maka molekulnya juga menjadi tidak teratur




TAHUKAH KITA MOLEKUL AIR APAKAH YANG TERINDAH DI DUNIA DAN BERWAJAH SANGAT MEMPESONA?39


BERIKUT KITA AKAN MENYAKSIKAN KEINDAHAN MOLEKUL AIR ZAM-ZAM


blogger-emoticon.blogspot.com

Subhanallah….!
Inilah bentuk molekul atau kristal AIR ZAM-ZAM, rangkaian bentuk heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna ketika dibacakan ayat yang mulia

30
Saudara-saudaraku,.. Ketika segelas air putih terletak di atas meja.
Berdiamlah sesaat, bacalah dengan nama Tuhanmu.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..


04
Panjatkan doa, bermohonlah hanya kepada Allah, ucapkan ayat-ayat yang suci. Maka, segelas air putih yang diminum akan memberikan segala keindahannya kepada kita


41
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari artikel yang ringkas ini dan senantiasa berusaha mengupdate Iman dari masa ke semasa .
48
Amin, ya Rabbal alamin………….! Waallahu'alam

Read more...

::Mekah Planet Bumi::

Ahad, 12 Julai 2009


Siapa yang tak kenal kota Makkah??? Semua teman-teman pasti sudah mengenal dekat dengan kota yang satu ini. Rasulullah Muhammad SAW, dilahirkan di kota ini. Wahyu firman Allah SWT yang sangat agung juga banyak diturunkan di kota ini. Tapi, tahukah anda bahwa ilmuwan-ilmuwan moden masa kini telah mengetahui bahawa kota makkah adalah jantung planet bu
mi???
@upin01
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Makkah adalah pusat planet ini. Berbagai penemuan ilmiah telah membenarkan fakta ini. Mekipun masih penuh misteri tentang apakah orang ini benar-benar yang pertama mendarat di bulan. Ketika Neil Amstrong mengambil gambar planet Bumi, ia berkata:”Planet Bumi ternyata tergantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?
@upin02
Seorang ilmuwan Prancis kelahiran Palestin yang bernama Yasin As-Syauk merorientasikan dengan detail penemuannya yang menegaskan bahwa Makkah merupakan jantung Bumi. Dan karenanya, Makkah berhak dijadikan rujukan waktu dunia yang sebenar, menggantikan penggunaan waktu Greenwich, London.
@ipin01
Para astronot selanjutnya menemukan bahwa bumi mengeluarkan radiasi. Setelah diteliti lebih lanjut, ternyata radiasi ini berasal dari kota Makkah, tepatnya di Ka’bah. Yang mengejutkan lagi adalah, radiasi tersebut bersifat infinite (tak berujung). Hal ini terbukti ketika para astronomI ini mengambil gambar planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
@ipin02
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’. Artinya, apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
@kakros01
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Makkah (Zero Magnetism Area), konon ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Karena itulah ketika kita berkeliling mengelilingi Ka’bah (thawaf), maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
@mail01
Sebagai jantung Bumi, Makkah dinobatkan sebagai penentu kehidupan. Nabi SAW bersabda, Allah Ta’ala berfirman “Apabila Aku menghendaki untuk merosakkan dunia (kiamat), maka Aku mulai dengan Rumah-Ku (Ka,bah), kemudian dunia mengiringinya.” (Ilhya Ulumuddin, bab Keutamaan Baitullah dan Makkah yang mulia).

Dalam Hadits yang lain dijelaskan.”Perbanyaklah thawaf di Baitullah (Ka’bah) sebelum Bait ini (Ka’bah) diangkat. Bait ini telah roboh dua kali dan ketiga kalinya diangkat” (Riwayat Al-Bazzar, Ibnu Hiban dan Al-Baihaqi dari Hadits Ibnu Umar). Wallahua’lam.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP