Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku
kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram
di phone,*yakni couple*
Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi
betul-betul menyentuh hati kami semua....
Syeikh: kamu suka dia?
Fulan: ya syeikh....
Syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia
memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk
anakmu,menjadi pembantu agamamu?
Fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang
terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
Syeikh: bila kamu akan menikahinya?
Fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
Syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan
nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa
kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita
suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya
sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai
waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan
pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci? wanita umpama air mutlak,
mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,
apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal, ia tidak boleh
digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci
seperti basuh pinggan, basuh najis dan sebagainya. Apakah kamu
sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu
mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka
akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran, sedangkan lelaki
memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia
untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar
dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi
tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke
ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek.
Nabi utuskan para
lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan
teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya
70x ganda api dunia?
Note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar
permainkan wanita, ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH
RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat
bezakan baik dan buruk. Memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka
dikurniakan sifat malu yang tinggi. Fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta
dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama
kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan. Wanita berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu pun
pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki
bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu inbox lelaki
dan sebagainya. Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat
malu juga tidak dapat jaga diri mereka. Jadi siapa yang bertanggungjawab
menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI.
Read more...