Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Perlantikan Ahli Lajnah Khairiah

Khamis, 18 Oktober 2012

Pelajar Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) baru sahaja selesai menduduki final exam sesi 1 2012/2013, semoga antum semua najah dengan cemerlang dan mendapat result yang terbaik. Bermulanya 20/9/2012 kesemua pelajar akan menikmati percutian selama sebulan selepas mana penat lelah mentelaah dan mengulangkaji pelajaran untuk persiapan exam yang lepas. Walaupun sesi P&P (pengajaran & pembelajaran) tiada pada musim cuti ini, pensyarah tetap hadir ke kolej untuk menyelesaikan fail-fail dan membuat persiapan sebelum sesi baru bermula nanti.

Alhamdulillah, saya hampir menyiapkan semua kerja-kerja "me-right" paper dan "care-in" markah subjek yang di ajar sem ini, ingat boleh menarik nafas lega setelah menyiapkan semua kerja-kerja tersebut, tetapi datang pula kerja baru yang agak mencabar. Sebenarnya, apabila kita bertugas di kolej @ universiti, kita hendaklah membuat sesuatu yang memberi manfaat bersama, samaada kepada jabatan @ fakulti,barulah mendapat hasil yang positif.

Saya baru sahaja menerima perlantikan ahli Lajnah Khairiah Akademi Islam, di unit Penerangan dan Publisiti. Unit ini berfungsi untuk mewarwarkan aktiviti-aktiviti dan berita terkini daripada Lajnah Khairiah. Selain itu, saya ditugaskan untuk merakam aktiviti dalam bentuk gambar sebagai kenang-kenangan.

Berbekalkan DSLR 500D Canon, sangat memudahkan urusan saya untuk menyelesaikan misi tersebut. Alhamdulillah, setakat hari ini, program HI-TEA D'AIDIL FITRI pada bulan lepas dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil dari bantuan kawan-kawan sekerja.

2 minggu lepas, Dekan Akademi Islam, Ust Fairooz telah memberi satu cadangan supaya di buat satu carta organisasi pensyarah Akademi Islam. Saya sangat menyokong idea bernas beliau, kerana dengan adanya carta organisasi ini, dapat membantu pelajar untuk mengenali para pensyarah. Saya merasa agak kesal, apabila pelajar tidak dapat membezakan pensyarah dengan pelajar.

"...Berkemungkinan juga ada pensyarah yang sangat muda dan tiada beza sangat dengan pelajar menyebabkan pelajar sukar untuk membezakan di antara pensyarah atau pelajar..."

Walau bagaimanapun, saya sangat berharap selepas adanya carta organisasi yang kiat di buat sekarang ini, dapat membantu pelajar mengenali kesemua pensyarah samaada yang muda mahupun dewasa. Menjadi satu keaiban sebenarnya jikalau pelajar tidak mengenali seseorang guru, walaupun guru tersebut tidak pernah mengajarnya.

Wallahu a'lam.

Read more...

Wanita..kerana dirimu begitu berharga

Jumaat, 12 Oktober 2012

BERLEMAH LEMBUT TERHADAP WANITA

Nabi s.a.w. bersabda: "dan hendaklah kamu saling berpesan-pesan agar sentiasa berbuat baik kepada para wanita. Sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok itu merupakan tulang rusuk yang paling atas, jika kamu berkeras untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya, tetapi jika kamu membiarkannya maka ia akan terus bengkok. Maka berpesan-pesanlah kamu agar sentiasa berbuat baik kepada para wanita" (riwayat al-Bukhari).

Begitulah sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada para wanita, lalu mengingatkan umat baginda agar sentiasa berbuat baik kepada mereka. Wanita yang menyesal atas kesilapan silam, masih ada ruang dan peluang yang luas untuk kembali ke pangkal jalan. Ya, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah usaha untuk menjadi wanita solehah perlu diteruskan. Pintu taubat dan peluang bergelar wanita solehah sentiasa terbuka..

Istimewa buat mereka, sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Semua anak Adam (manusia) itu sangat banyak melakukan kesilapan, namun sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang bertaubat (menyesal atas kesilapannya dan kembali memohon keampunan Ilahi) (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

WANITA TERHORMAT VS WANITA DIPERALAT

Namun konsep berbuat baik dan keampunan Ilahi yang tiada penghujungnya ini, bukanlah bermaksud wanita diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berbuat sesuka hati dan melampaui batasan agama sehingga menjerumuskan wanita itu sendiri ke lembah kegelapan dan kesengsaraan.

Bukan juga dengan menjadikan wanita barang pameran, model iklan, dan artis pujaan dengan pakaian yang melampau yang akhirnya menggoda para lelaki jahat untuk merosakkan kehidupan wanita.

Bukan juga dengan memberikan kemewahan duniawi dan mengabaikan keperluan ukhrawi sehingga wanita lupa hari kematian dan hari pertemuan dengan Tuhannya. ISLAM TIDAK MAHU WANITA DIPERALAT..ISLAM TIDAK MAHU MARUAH & KEHORMATAN WANITA DIPIJAK SERTA DIINJAK..

Sebaliknya, Islam ingin memberikan kepada wanita cahaya ilmu pengetahuan agama yang menjadikan wanita ini wanita yang patuh kepada Allah, wanita yang menghambakan diri kepada Ilahi lalu bebas & merdekalah dia daripada segala bentuk perhambaan duniawi yang menipu diri..wanita inilah yang dikenali dalam Islam sebagai wanita solehah..

Wanita solehah inilah yang menjadi WANITA TERHORMAT..WANITA YANG TERPELIHARA HARGA DIRI & MARUAH.. sabda Nabi s.a.w.: "dunia ini hanyalah tempat kesenangan yang sementara, dan sebaik-baik kesenangan dunia ialah wanita solehah" (riwayat Muslim).

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Menjadi tanggungjawab bersama untuk melindungi wanita yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t., dengan melengkapkan diri mereka dengan cahaya ilmu agama, yang dapat menjauhkan mereka daripada menjadi wanita jahat yang diperalat oleh iblis dan syaitan untuk menjadi fitnah kepada masyarakat, sebagaimana amaran Nabi s.a.w. yang bermaksud: "dan tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih merbahaya terhadap lelaki kecuali wanita" (riwayat al-Bukhari).


Ingatlah wahai muslimat, dirimu begitu berharga, jangan pernah sesekali mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan, hargai dan sayangilah diri,dan jaga maruah kerana dirimu begitu berharga.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP