Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Mediu harapan baru

Jumaat, 25 Mac 2011


Pada pertengahan oktober tahun lepas, saya telah di invite dari seorang sahabat untuk menyambung pengajian peringkat Master di sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Malaysia. Berkebetulan pada masa itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Qiraat di Mesir. Saya tanpa berpikiran panjang terus daftar secara online. Alhamdulillah, saya mendapat reaksi yang baik dari pihak universiti dan memberi tawaran kepada saya untuk menyambung MA di situ.

Berkebetulan masa itu juga, saya telah di tawarkan untuk menyambung pengajian Ijazah Lanjutan di Universiti Azhar Tanta. Saya telah beristikhorah dan memilih Tanta sebagai destinasi selepas tamat first degree. Tawaran daripada MEDIU saya hanya mengabaikan sahaja kerana target saya adalah belajar di bumi perantauan Mesir.

Semasa berlaku rusuhan di Mesir baru2 ini, saya telah menyertai misi ops piramid yang ditanggung kerajaan Malaysia untuk pulang ke tanah air.Alhamdulillah saya selamat sampai ke Malaysia dengan selamat. Ekoran daripada itu, timbul dalam hati untuk mencuba nasib di Mediu,dan saya bercadang untuk tidak menyambung pengajian di Mesir lagi.

Dengan takdir Allah, saya telah berkenalan dengan salah seorang staf yang bekerja di sana. Pada awal march lalu, saya telah pergi berjumpa dengan beliau untuk menceritakan hasrat saya menyambung pengajian Master di Mediu. Sijil degree di ambil sebagai rujukan, Alhamdulillah, selepas beliau berbincang dengan ahli jawatan kuasa, sijil saya di terima untuk sambung Master. Beliau telah menyuruh saya untuk datang ke Mediu pada minggu berikutnya.

Sebenarnya, pengambilan pelajar bagi sesi Februari ini sudah ditutup. Saya pula tidak mengetahui maklumat ini. Pada mulanya saya hampir tidak di terima masuk untuk sesi ini, kerana lewat mendaftar. Pangambilan untuk sesi Februari ini, telah ditutup pada akhir januari yang lalu. Ketika itu, saya masih berada di bumi Mesir, dan tidak terlintas dalam pikiran menyambung pengajian di Mediu. Tapi kali ini, keputusan muktamat saya adalah menyambung di Malaysia sahaja.

Setelah saya pergi berjumpa dengan Ketua bahagian pengambilan dan pendaftaran pelajar baru, saya telah diberitahu amat sukar untuk saya menyambung Master sesi ini. saya menceritakan permasalahan saya, terlewat mendaftar kerana masih berada di Mesir. Ekoran dari rusuhan, saya tidak mahu meneruskan pengajian di Mesir lagi, dan saya hanya berminat untuk menyambung di Mediu. Selepas berunding panjang dengan Dr Mubarak dari Africa, akhirnya beliau memberi saya peluang untuk menyambung Master, walaupun agak terlewat.


selepas itu.....

Read more...

Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Kelantan

Ahad, 20 Mac 2011



Pada hari 4/3/2011 yang lalu saya telah menerima satu borang pertandingan hafazan quran dari abang saya. Beliau memberi saranan supaya saya mencuba naseb dalam pertandingan tersebut. Pada hari tersebut merupakan hari terakhir untuk menyerahkan borang tersebut. Selepas saya menghubungi ajk yang berkenaan untuk bertanya mengenai kekosongan peserta, alhamdulillah, respon baik dari beliau dan menyuruh saya menghantar borang tersebut secepat yang mungkin.

Pada keesokannya, saya telah pergi menyerahkan borang tersebut,beliau telah berpesan akan menghubungi saya apabila tiba tarikh pertandingan itu. Saya telah memilih pertandingan tahap ke-2 iaitu 1-20 juz. Saya sempat bertanya kepada ustaz tersebut, untuk mengetahui tarikh pertandingan tersebut,"13-16/03/2011 ini, i.allah",jawab ringkas beliau.

Hari berganti hari, tibalah tarikh 13/3/2011, saya telah dihubungi oleh Ustaz Khairul supaya datang ke Balai Islam Kelantan, menyertai ujian saringan 1-20 juz untuk layak ke pentas final. Saya dimaklumkan 64 orang peserta yang turut serta dalam tahap ke-2 ini, dan akan dipilih hanya 13 orang sahaja. Memang sangat mencabar kerana hanya pelajar yang mendapat markah 90% ke atas sahaja yang layak bertanding peringkat akhir.

Selepas keesokannya,saya telah dihubungi Ust Khairul supaya menghadirkan diri untuk pertandingan akhir 1-20 juz. Alhamdulillah, rasa amat bersyukur sekali, saya terpilih masuk final yang mana cabaran memang hebat di antara semua peserta, dan saya antara yang layak untuk ke pentas final bagi mencari johan untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.

2 hari sebelum pertandingan, saya hanya fokus untuk mungulang dan murajaah semaksimun yang mungkin, kerana saya bercita2 ingin pergi lebih jauh lagi. Mata bengkak kerana kurang tidor, penat berjaga sampai tengah malam, menghabiskan masa bersama quran, itulah antara di sebalik tabir sebelum saya bertanding pada malam selasa 15/3/2011 yang lalu.

Maka telah tibalah hari pertandingan, perasaan amat takut dan berdebar. Risau menjadi panik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keluarga saya memberi sokongan yang penuh kepada saya dan yakin saya mampu buat yang terbaik. Alhamdulillah, soalan yang diajukan kepada saya semasa pertandingan saya dapat menjawab dengan baik, walaupun ada sedikit kecacatan yang memang tak dapat di elakkan kerana saya juga merupakan manusia biasa.

Saya telah dimaklum bahawa majlis penutup pertandingan menghafaz quran akan di adakan pada hari khamis 17/03/2011 sekaligus mengumumkan keputusan pada malam tersebut. Sehari sebelum itu, saya mendapat mesej dari seorang sahabat "demo akan ke Kuantan,wakil Kelantan", walaupun begitu, keputusan rasmi tiada siapa yang mengetahui lagi, dan saya tidak begitu yakin dengan apa yang diberitahu kepada saya.

Ringkas cerita, pada pagi 17/03/2011 saya mendapat 5 misscall dari Ustaz Khairul (ajk pertandingan). Selepas itu, saya terus menghubungi beliau dan bertanya,"ado gapo tu ustaz misscall sampai 5 kali",beliau memberitahu saya supaya membuat persiapan untuk persembahan hafazan pada malam penutup majlis menghafaz Quran. Saya merasa pelik, mengapa saya yang di pilih untuk membuat persembahan pada majlis penutup. Pada masa yang sama juga, saya dimaklumkan oleh seorang teman, sesiapa yang mendapat tempat pertama @ johan, akan membuat persembahan pada malam penutup. Walaupun begitu, saya tidak yakin selagi mana keputusan yang rasmi diumumkan.

Tibalah malam pengumuman keputusan, alhamdulillah markah 96% saya, menjadi bekalan untuk saya ke Kuantan pada 04/04/2011 ini, bagi mewakili negeri Kelantan dalam majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan. Perasaan amat bersyukur kepada Allah kerana berjaya dalam pertandingan di peringkat negeri kelantan. Selepas mengumumkan keputusan, saya telah di jemput oleh pihak majlis untuk memperdengarkan hafazan. Alhamdulillah, soalan diajukan saya dapat menjawab walaupun ada sedikit kecelaruan.

Majlis penutup pertandingan menghafaz quran peringkat negeri Kelantan melabuh tirai selepas pukul 11.30 malam. Kehadiran para tetamu juga amat memberangkan. Pengalaman saya di Kelantan, semestinya akan saya manfaat untuk pertandingan peringkat kebangsaan pada awal april ini. Saya mengharapkan agar sentiasa bersemangat dan mampu melakukan yang terbaik, i-allah. Kepada sahabat2 yang mengenali diri ini, bersama-samalah berdoa untuk saya, supaya dapat mengharumkan nama negeri Kelantan di peringkat kebangsaan pada 04/04/2011 yang akan bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP