Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Anda impikan suami yang soleh!!

Sabtu, 2 Mac 2013

Saya mengimpikan seorang bakal suami yang soleh. Boleh berikan sedikit tips,apakah kriteria isteri yang diidamkan oleh lelaki soleh?

Jawapan:

Lelaki soleh suka kepada pasangan yang pandai berhias sesuai dengan syariat ALlah. Maka hiasilah diri dengan dengan cara bagaimana Allah memerintahkan anda untuk berhias dengannya.

Antara hiasanya wanita yang disukai oleh lelaki soleh ialah:

1- Menutup aurat dengan kemas, bukan sekadar 'membalut' aurat. Membalut aurat bererti, tubuh dilitupi kain tetapi masih tetap menampakkan bentuk / sosok tubuh.

2- Menjaga akhlak dan ucapan, baik lisan mahupun secara tulisan. Ini kerana setiap perkataan yang dituturkan adalah gambaran kepada sifat hati seseorang. Jika hatinya baik, maka baiklah setiap perkataan yang terpacul dari mulutnya atau digoreskan oleh pena. Demikian sebaliknya.

3- Pandai memasak. Jika belum pandai tunjukkan usaha ke arah itu. Masakan tidak seharusnya menepati standard hotel lima bintang, memadai dengan menu biasa.

4- Tahu mengawal perasaan cemburu. Ya, cemburu adalah sifat semulajadi seorang wanita. Ia boleh jadi senjata yang ampuh untuk memenangkan hak wanita, tetapi juga boleh menjadi racun yang akan meranapkan kebahagiaan rumah tangga. Ingat sebahagian lelaki juga suka kepada wanita penyemburu, tetapi cemburu yang pada tempat dan keadaannya.

5- Lebih penting dari semua itu, banyakkan berdoa kepada Allah agar menjadikan diri anda sebagai wanita solehah. Tidak mungkin seorang lelaki soleh menginginkan selain wanita yang solehah juga.

Moga sukses. Sekian, {]:-)~

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP