DiLaHirKan BuMi SeRamBi MeKaH, MenYamBunG PenGaJiaN Di BuMi AmBia (ARDHU KINANAH)& MeNaMaTkaN PeNgaJiaN PeRiNgKat IjaZaH Di MaaHaD QiRaaT Al-AzHaR, ShouBra, KiNi BerTuGas Lecture Di KUIS dan SeDanG MeNyAmBunG MasTeR DaLaM PenGaJiaN al-QuRaN & al-SuNNaH
Saya
mengimpikan seorang bakal suami yang soleh. Boleh berikan sedikit
tips,apakah kriteria isteri yang diidamkan oleh lelaki soleh?
Jawapan:
Lelaki soleh suka kepada pasangan yang pandai berhias sesuai dengan
syariat ALlah. Maka hiasilah diri dengan dengan cara bagaimana Allah
memerintahkan anda untuk berhias dengannya. Antara hiasanya wanita yang disukai oleh lelaki soleh ialah:
1- Menutup aurat dengan kemas, bukan sekadar 'membalut' aurat. Membalut
aurat bererti, tubuh dilitupi kain tetapi masih tetap menampakkan
bentuk / sosok tubuh.
2- Menjaga akhlak dan ucapan, baik lisan
mahupun secara tulisan. Ini kerana setiap perkataan yang dituturkan
adalah gambaran kepada sifat hati seseorang. Jika hatinya baik, maka
baiklah setiap perkataan yang terpacul dari mulutnya atau digoreskan
oleh pena. Demikian sebaliknya.
3- Pandai memasak. Jika belum
pandai tunjukkan usaha ke arah itu. Masakan tidak seharusnya menepati
standard hotel lima bintang, memadai dengan menu biasa.
4- Tahu
mengawal perasaan cemburu. Ya, cemburu adalah sifat semulajadi seorang
wanita. Ia boleh jadi senjata yang ampuh untuk memenangkan hak wanita,
tetapi juga boleh menjadi racun yang akan meranapkan kebahagiaan rumah
tangga. Ingat sebahagian lelaki juga suka kepada wanita penyemburu,
tetapi cemburu yang pada tempat dan keadaannya.
5- Lebih
penting dari semua itu, banyakkan berdoa kepada Allah agar menjadikan
diri anda sebagai wanita solehah. Tidak mungkin seorang lelaki soleh
menginginkan selain wanita yang solehah juga.
0 comments:
Catat Ulasan