Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Doakan daku, sahabat !!!

Selasa, 13 Disember 2011

Alhamdulillah yang teramat sangat, saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat dan kesejahteraan kepada diri ini yang banyak kurangnya.



Pada bulan 5 yang lalu, saya telah di hubungi Puan Siti ( dari JAKIM), dalam panggilan tersebut beliau memberitahu bahawa saya terpilih untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Indonesia yang akan berlangsung bulan 6. Berkebetulan pada ketika itu, saya di musim final exam Master, dan terpaksa menolak tawaran tersebut, sambil berpesan kepada Cik Citi, supaya Jakim memberi tawaran lain sebagai ganti kepada pertandingan tersebut.



Selepas sebulan berlalu, saya sekali di hubungi orang yang sama dan memberitahu perkara yang sama, bahawa saya di pilih Jakim untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz di peringkat antarabangsa yang akan dilangsungkan di Jordan. Saya ketika itu, rasa amat bersyukur kerana mendapat tawaran lebih baik dari sebelum ini, dan bertekad tidak akan menolak rezeki dan peluang keemasan ini. Pertandingan tersebut, di jadualkan berlangsung pada bulan ramadhan.



Di jadikan cerita, dan tiada rezeki saya di Jordan, pihak Jakim telah memilih calon lain untuk dihantar ke Jordan bagi mewakili negara dalam pertandingan tersebut. Perasaan hiba dan agak kecewa menyelusuri diri ketika itu, saya pada masa itu cube memujuk hati ini, supaya bersabar kerana tiada rezeki untuk menjejak kaki ke bumi Jordan.



Walaubagaimanapun, episod pilu sedih akhirnya terubat, apabila sekali lagi, saya di hubungi orang sama untuk menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan hafazan di Mekah. Setelah mendengar pengkhabaran tersebut, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Allah kerana memberi nikmat yang tersangat hebat kepada diri yang serba lemah ini. Alhamdulillah, rupa-rupanya Allah ingin membalas dengan yang jauh lebih baik lagi dari tawaran sebelum ini. Puan Siti telah memberitahu bahawa pertandingan akan berlangsung pada bulan Disember 2011.



Hari ini, 12/12/2011 merupakan hari terakhir saya membuat persiapan yang terbaik untuk menyertai pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Mekah . Alhamdulillah semua barangan keperluan termasuk 2 helai jubah, baju melayu bersongkok dan lain2 sudah beres. Insya-Allah hari selasa 13/12 saya akan berangkat ke tanah suci menerusi kapal terbang Saudi Air line.



Saya berharap, sepanjang pemergian ke tanah suci, semua akan berada dalam keadaan selamat sejahtera. Kepada kawan2 sekelian, saya mengharapkan doa dari anda semua, supaya mendoakan terbaik untuk saya semasa pertandingan di sana nanti sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP