Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

My new Myvi, Alhamdulillah !!

Ahad, 16 Oktober 2011

Alhamdulilah ! Alhamdulilah ! Alhamdulilah !

Kalimah toyyibah ini sahaja mampu saya ucapkan, untuk menzahirkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini merupakan hari bersejarah dalam diari hidup saya,kehadiran kereta Myvi se 1.5 ini, sangat memberi makna kepada saya.


Pada bulan yang lalu, saya telah memberitahu keluarga bahawa saya berhasrat untuk membeli kereta, kerana kehidupan di ibu kota amat berbahaya jikalau menunggang motosikal. Ibu, pada mulanya tidak berapa setuju dan beralasan saya tidak mempunyai kerja yang tetap dan masih belajar.Namun, semuanya sudah tersurat takdir Allah, hari ini harapan dan impian saya telah menjadi kenyataan.



Selepas mana saya menyerahkan semua dokumen untuk pembelian kereta, En Azlan (owner perodua) telah bertanya mengenai ciri kereta yang saya ingin beli. Pada masa itu, Myvi 1.3 sahaja yang ada dalam pasaran. Saya memilih Myvi premium 1.3 yang berwarna purple. Tetapi, kata Cek Azlan, warna tersebut, masih belum ada di pasaran, yang ada hanya warna lain. Saya yang pada ketika itu, tidak mampu nak bersabar, dan bertekad untuk mengambil apa2 warna sahaja, asalkan kereta dapat dalam masa cepat.



Selepas 2 hari, Cek Azlan telah menguruskan loan pinjaman bank untuk mendapatkan myvi 1.3 tersebut. Keesokkannya, saya di hubungi pegawai bank AMBANK bertanya mengenai pembelian dan pimjaman bank untuk kerete tersebut. Alhamdulillah, loan sudah di luluskan, Cuma tunggu kereta untuk di keluarkan. Saya pada ketika itu, terasa amat gembira kerana bakal mendapat kereta dalam masa terdekat.



Takdir Allah, pada pertengahan bulan lepas, Perodua telah mengeluarkan model baru Myvi Se 1.5 . Selepas mana di hubungi abang saya, beliau telah memberi cadangan supaya saya mengambil Myvi 1.5 tersebut. Saya telah memikir panjang, kerana kalau di tukar kepada model myvi 1.5 ini, maka akan lambat lagi proses untuk mendapat kereta saya, sebab terpaksa merombak semula loan dan sebagainya. Tiba2 ada cadangan lain, “ kite pakai kete ni, untuk masa lame, so amik 1.5 ni la, lagi best dan bagus..” . Akhirnya, saya menghubungi Cek Azlan untuk menukar kereta dari Myvi 1.3 ke Myvi 1.5 . Maka lagi lamalah masa untuk saya mendapat kereta, sabar sahaja saya mampu lakukan.



Seminggu kemudian, saya di hubungi Cek Azlan, dan mengatakan ada kereta Myvi Se 1.5 warna kuning dan gear manual ada di kedainya sekarang. So, dia menawarkan kepada saya untuk mengambil kereta tersebut. Saya pada ketika itu, sudah tidak mampu bersabar, dan terus bersetuju untuk mengambil kereta tersebut. Keesokkannya, Cek Azlan telah menguruskan laon dan pinjaman bank. Maka saya sekali lagi di hubungi pegawai bank untuk pengesahan pembelian.



Loan sudah di luluskan, maka saya dan Cek Azlan membuat temujanji di Surau berdekatan untuk menandatangan agreement dan dokument . Sebelum kehadiran Cek Azlan, saya telah berjumpa dengan seorang hamba Allah dan menceritakan pasal pembelian kereta tersebut. Beliau bertanya mengenai model kereta. Saya memberitahu Myvi SE 1.5 manual , lalu beliau memberi ulasan , “ dok KL ni, susah pakai kete manual, amik auto la lagi senang, lagi pun jalan jem ..” cadangan beliau dengan tegas. Beliau juga berkata, kalau amik yang auto, sambil drive siap boleh baca kitab lagi..



Maka, selepas itu, Cek Azlan pun tiba, lalu saya terus memberitahu kepadanya, bahawa hasrat saya untuk membeli kereta myvi se yang auto. Reaksinya agak terkejut dengan keputusan saya, kerana saya membatalkan model yang manual itu saat2 akhir. Namun beliau tetap menghormati keputusan saya selaku pembeli. Temujanji untuk tandangan agreement itu, menjadi temujanji perbualan dan pertanyaan sahaja. Saya memberitahu Cek Azlan, supaya beliau menguruskan semula urusan pembelian kereta saya, kerana modelnya sudah bertukar, dari manual ke auto.



Sekali lagi, saya terpaksa bersabar menunggu proses loan dan pinjaman bank di luluskan. Pada awal minggu ini, pegawai bank sekali lagi hibungi saya mengenai pengesahan pembelian tersebut. Katanya, “daa 3 kali tuka da Cek nii..” saya hanya mampu tersenyum sahaja. Tapi, alhamdulillah, proses tersebut di luluskan.



Pada isnin yang lalu, Cek Azlan telah menghubungi saya mengatakan kereta Myvi Se 1.5 auto telah sampai. Berkebetulan , laon pinjaman saya telah di luluskan, maka beliau meminta saya untuk ke kedai pada hari selasa keesokkannya untuk menandatangan agreement dan surat menyurat. Pada hari yang di janjikan, saya ke sana untuk menandatangan semua agreement. Alhamdulillah, semua selesai, Cuma tunggu kereta di daftarkan sahaja. Saya pada masa tu, memang tidak mampu lagi bersabar kerana sudah sebulan saya menunggu kereta, sambil mengharapkan kereta dapat secepat yang mungkin.



Alhamdulillah, pada hari jumaat 14/10/2011 tercipta sejarah dalam hidup saya, impian dan cita2 saya telah menjadi kenyataan. Kereta yang dulu hanya melihat dalam gambar di internet dan tv, kini berada dalam genggaman saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaan saya ini. Saya yakin inilah takdir saya, walaupun pada mulanya, saya tidak berniat untuk mengambil model ini, tapi inilah suratan yang telah di tentukan Allah untuk saya.

4 comments:

A Rahman 16 Oktober 2011 pada 9:30 PG  

Myvi baru dah dapat,ustaz seeloknya habiskan Master dahulu,lepas tu carilah pasangan yang sesuai dgn diri ust.

Tanpa Nama 17 Oktober 2011 pada 4:02 PG  

Alhamdulillah..akhirnya..dapat jugak syeikh sorang ni pakai keta..semoga semua urusan lepas ni lagi lancar dengan adanya kete baru ya...jzkk..

Ahmad Nordinie 17 Oktober 2011 pada 2:21 PTG  

boleh la bawak aku jalan2 lps ni
hoho

Tanpa Nama 23 Julai 2013 pada 4:14 PTG  

Assalamualaikum, lepas baca entri ni, rasa berminat pulak nak beli Myvi SE 1.5 Auto Purple satu~

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP