Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Jemputan membaca quran di Majlis Konvokesyen PERMATA

Khamis, 26 Mei 2011


Pada awal Mei yang lalu, saya telah dihubungi seorang sahabat bagi menyempurnakan pembukaan Majlis Konvokesyen Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia(PERMATA) yang bertempat di Balai Islam Kelantan. Berkebetulan ketika itu, saya berada di Selangor menghadiri kelas pengajian Master di Universiti di sini.

Saya pada mulanya, menolak tawaran tersebut kerana susah dan jauh untuk ke Kelantan, walaupun negeri asal usul saya, namun pujukan dan rayuan dari kawan saya menyebabkan saya serba salah untuk menolaknya. Saya bersetuju untuk mengalunkan ayat2 suci Al-Quran bagi menyempurnakan majlis perasmian Konvokesyen tersebut.

Majlis konvokesyen ini, merupakan salah satu agenda PERMATA yang mana akan lakukan setiap 2 tahun. Kehadiran peserta dari Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia memeriahkan lagi upacara majlis tersebut. Saya di maklumkan hampir 180 orang termasuk peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian. Saya merasa sungguh kerdil apabila bersama dengan para huffaz dan hafizah yang sememangnya hebat2 dan mantap.

Majlis tersebut turut di hadiri YAB Tuan Guru Nik Aziz yang telah menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada para huffaz. Tuan Guru yang dalam keadaan uzur, tidak dapat menyampaikan sijil kepada kesemua peserta, dan di ganti dengan Ustaz Nazarudin sebagai penaung utama dalam PERMATA.

Hampir 3 jam, majlis konvokesyen berlangsung, kehadiran tetamu amat memberansangkan yang mana telah memeriahkan majlis tersebut. Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, majlis konvokesyen telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, kesemua aturcara majlis berjalan lancar seperti yang di rancang.


5 comments:

Cahayamylife 26 Mei 2011 pada 6:24 PTG  

Ya Allahu Akbar.
Banyaknya yang ana ketinggalan.
Tak sangka anta dah berada di bumi Malaysia ni.
Kali terakhir tengok pun time anta dan kawan2 pulang ke Malaysia masa Mesir ada masalah.
Wah..
Masih lagi mendapat jemputan ya.
Barakallahu fik.

Syabab Muhsin 27 Mei 2011 pada 8:30 PG  

molek sokmo mu ni...

[ sYeKhuL IsLaM ] 27 Mei 2011 pada 11:34 PG  

Perjalanan kehidupan mengatasi masa,
kita xsdar sungguh cpat ia berlalu..
di celah2 itu..trcpta pngalamn yng bnyk mengajar dan mematangkan dri..

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari 27 Mei 2011 pada 6:36 PTG  

rindu ana pada ustaz nazaruddin..ana pernah juga hadiri konvokesyen sebegini tahun 2006..alhamdulillah..anta ade nombor hp dia?

[ sYeKhuL IsLaM ] 28 Mei 2011 pada 2:46 PG  

ana xde no die..tpi blh add die kt fb..blh tnye kt die lbh lnjut..syukran

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP