Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Mesir dan ramadhan

Selasa, 17 Ogos 2010

Bismillah, alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk saya meng-update blog tercinta ini. Sebenarnya saya sekarang masih di bumi ambia lagi, walaupun ada gesaan dan paksaan dari Malaysia supaya segera pulang untuk bersama-sama menyambut bulan ramadhan di sana. Saya hanya mampu mengucapkan " ma'alaish"( sorry) kerana masih ada lagi beberapa urusan yang penting perlu saya setlekan sebelum meninggalkan bumi mesir dan padang pasirnya ini.

Saya yang baru menamatkan pengajian bulan 6 lepas, merasa sungguh gembira kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Maahad Qiraat Shoubra. Alhamdulillah juga, saya diberi kesempatan dan peluang untuk bertugas di salah satu masjid di sini. Peluang emas seperti, akan saya manfaatkan sebaiknya, kerana saya tahu, tidak semua pelajar diberi keyakinan oleh masyarakat tempatan untuk memegang tanggungjawab sebagai imam, tambahan pula, di bumi Mesir ini, yang mana mempunyai alim ulama' yang tidak terkira banyaknya.

Hari ini merupakan hari ke-7 ummat islam di seluruh dunia berpuasa di bulan ramadhan, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ini. Walaupun berjauhan dengan keluarga, saya merasa sungguh bahagia berada di sini. Sememangnya jikalau di bulan ramadhan seperti sekarang, pasti saya berada di tanah air.
Saya masih teringat kata2 sayu kakak saya " akak teringat kat adik bile tengok kat ayam percik yang mak buat ni". Sikit sebanyak, mengguris juga hati saya sehingga menitis air mata, kerana ada lagi insan tercinta yang mengingati diri ini di perantauan. Ayam percik merupakan hidangan favorite saya di bulan ramadhan ini.

Sambung cerita lagi, sambutan ramadhan di sini, agak meriah. Orang arab di sini berpusu-pusu datang ke masjid untuk menunaikan ibadah samada yang wajib, mahupun sunat. Kesempatan ini juga, saya dapat merasa bermacam-macam menu hidangan orang di sini yang mana sungguh jauh berbeza dari tradisi masakan melayu di Malaysia. Saya hanya mampu untuk makan sebahagian sahaja, kerana tidak mampu untuk menghabiskan kesemua makanan arab yang sangat pelik berbanding masakan kita. Sungguhpun begitu, saya tetap bersyukur kerana peluang yang sungguh baik ini, hanya dapat di rasai oleh pelajar yang berada di sini sahaja.

Cerita dan program seterusnya, i.allah akan saya nukilkan pada posting akan datang, I.allah..

1 comments:

Ahmad Nordinie 17 Ogos 2010 pada 6:29 PTG  

sabar la deh..
ramadhan terakhir di mesir la katakan
=p

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP