Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Cook Door lagi.....

Khamis, 1 Julai 2010

Saya tiba2 di hubungi seorang sahabat, "sapo ni?", soal hati..
oo.. dia rupanya, saya terus angkat telefon, rupa2 nya dia ingin menjemput saya untuk pergi makan malam bersamanya. Tepat waktu seperti yang di janjikan, saya terus bergerak dari rumah dan berjumpa dengan kawan tu di Jalan Shoubra untuk menuju ke destinasi yang bakal kami tuju itu. Perasaan saya sungguh happy dan gembira kerana dapat menikmati hidangan lazat nanti.

Setibanya disana, saya melihat kedai makan yang sungguh terpegun di tepi jalan utama di bumi Shoubra ini, sekali imbas seakan-akan berada di Kuala lumpur."eh, ape yang dok menung2 ni?",tegur kawan saya, terus saya tersedar dari khayalan yang sungguh tak menarik itu.

Tanpa membuang masa, saya terus masuk ke kedai tersebut, alhamdulillah sejuknya rasa, suasana yang sungguh mendamaikan. Selepas kami mengambil tempat duduk, saya terus menyuruh kawan saya supaya mengambil menu makan yang ada di bahagian kaunter.

Selepas itu, kawan saya menyuruh untuk memilih apa sahaja menu yang di sukai,"alaa, tak kesa la, order je apa yang nak, takpa, aku belanja malam ni". Saya yang berkebetulan tak bertemu dengan nasi pada hari itu, terus memilih untuk memakan nasi.

Sebenarnya, amat sedikit kedai di sini yang menjual nasi,kerana makanan rutin arab adalah roti, hanya kedai makan yang tertentu sahaja yang terdapat menu special ini. Kedai COOK DOOR yang menjadi pilihan kami ini merupakan kedai makan yang menjadi pilihan orang yang berada sahaja, kerana harga makanan di sini amat mahal. Kalau nak ikutkan, lebik baik makan di rumah, tetapi demi tidak menghampakan kawan saya, saya ikut bersama menikmati di kedai makan Cook Door tersebut,maklumla, makan free orang belanja.

Jika ingin di bandingkan dengan tempat lain, makanan di sini juga sedap dan lazat, kira padan la dengan harga yang mahal. Sepinggang nasi, 4 ketul ayam bakar di tambah kentang dan kuftah(daging) berharga LE 29. Kalau pikir sekali memang takda harapan dah la nak datang lagi, harga sungguh mahal, tapi alhamdulillah, kitorang berpuas hati dengan hidangan tersebut.

Hampir setengah jam juga kami disana,selepas membasuh tangan saya mengajak kawan keluar dari kedai. Selang beberapa minit,muncul sebuah bas, dan kawan saya menaikinya. Saya pula pulang ke rumah dengan hati yang riang sekali..

6 comments:

Ahmad Nordinie 1 Julai 2010 pada 8:10 PTG  

hehe..
aku pun baru je g makan cookdoor ngan bob td..
maklumlah, pinjaman da masuk..
hihi

[ sYeKhuL IsLaM ] 1 Julai 2010 pada 8:45 PTG  

ceh..smpai hati,
mkn x ckp kt aq..xpo2..

Ahmad Nordinie 1 Julai 2010 pada 11:13 PTG  

hehe..
aku mmg nk ajak mu td..
tp sbb nk cpat..
xpela..
len kali kite g la makan mane2 lg..
aku ok je
:D

Ahmad Nordinie 1 Julai 2010 pada 11:16 PTG  

tp kan..
tgk kat tajuk mu tu..
mcm da bosan je makan cookdoor..
hihi

[ sYeKhuL IsLaM ] 2 Julai 2010 pada 5:45 PG  

haha...mne ader..
aq da ulas terbek da tu..
aq dnie, klu tiap2 ari pon xpo..
pi,kno ad org blnje la..
hahahaha

Ahmad Nordinie 2 Julai 2010 pada 8:53 PG  

haha..
demandnya..
xpe..
nanti kita g makan lg deh..
:D

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP