Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Untukmu wahai muslimah...

Jumaat, 19 Mac 2010

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum dan tampil bersesuaian dengan garisan syarak.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Walaupun begitu, pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna kerana masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Pemakaian bagi wanita mukminah adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya iaitu pemakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, serta tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Ada orang bertudung tetapi:

-lalai atau tidak bersembahyang.
-berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
-terlibat dengan pergaulan bebas.
-menyentuh tangan lelaki yang bukan muhramnya.
-termasuk juga kes-kes besar seperti zina, khalwat.

Nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk memeluk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslimah. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain, didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

3 comments:

Zahrah Az Zahrawi 19 Mac 2010 pada 2:21 PTG  

Bismillah..
salamu'alaykum..
akh, benar..
lagian, dunia makin maju dn moden..
tudung bkn lg dpakai sbgi tuntutan malahan hnya sebagai perhiasan yg ta didasari kerna Allah..
trlalu byk yg dicipta hnya skadar sbgi perhiasan agr mnusia lainnya trtawan..
hnya segelintir muslimah shja yg mngerti mkna dn peri pentgnya dlm mnjaga auratnya yg smestinya mahal dr pndgn ajnabi..
wallahuwa'alam..syukran!

lossy 20 Mac 2010 pada 7:13 PG  

very nice
i enjoy here

pleas visit my blog in this link
http://wwwfada-lylh.blogspot.com/
iam wait you

saya budak baik..:) 23 Oktober 2010 pada 12:29 PTG  

dah bace dah..time kaseh bebanyk ye ustaz...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP