Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Penciptaan Alam semesta

Rabu, 25 November 2009

blogger-emoticon.blogspot.comPakar sains telah menemukan satu penemuan penting pada tahun mutakhir kini iaitu "sebelum alam semesta ini terbentuk". Pada masa tersebut semua benda adalah kosong malah tidak wujud, tiada tanah, udara, air dan lain2 malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil yang mana terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata melihatnya.

Berbagai bahan telah dimampatkan dalam titik kecil ini, kemudian pada suatu ketika titik kecil ini meletup. Apabila meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan2 bahan ini telah bergabung membentuk atom2 yang pertama seperti bintang2, matahari, bumi serta planet2 lain. Para saintis menamakan letupan ini sebagai letupan "big bang". Semua yang terdapat di dalam dunia ini adalah hasil daripada Big bang ini.

blogger-emoticon.blogspot.com
Di sini kita perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya jikalau kita memasukkan pecahan2 puzzle ke dalam sebuah belon secara rawak. Belon tersebut di isi dengan ruangan udara yang mampat dan kemudian secara tiba2 belon dipecahkan, seolah2 belon tersebut telah meletup, "BOOM!!!". Apa yang berlaku kepada pecahan2 puzzle yang meletup di dalam tersebut? Bolehkah pecahan tersebut membentuk sebuah vila?, atau sebuah lapangan terbang (sesuatu yang mustahil untuk kita buat di dalam bilik kita), atau adakah ia akan berselerakan di serata ruangan bilik?.



Sudah tentu ia akan berselerakan di dalam ruangan bilik tersebut. Selepas itu kita perlu menyusun semula untuk membentukkan pecahan2 puzzle tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah. Dengan kata lain, tidak mungkin atom2 pecahan ini dapat terbentuk dengan sendirinya melainkan ada pencipta yang menciptanya.


Allah adalah pencipta kepada big bang ini. Pengatur kepada bahan2 yang beselerakan di angkasa selepas big bang. Dengan mengumpul bahan2 ini, Dia juga adalah pencipta matahari, bumi, planet2 dan bintang di alam semesta. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata, "JADILAH" maka terjadilah ia. Kekuatan-Nya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya dengan sekelip mata.


Allah menurunkan kepada kita kitab-Nya " Al- Quran " yang mana Allah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita semua. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap persoalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh persoalan,

Bagaimana Allah mencipta sesuatu?
Allah membalas di dalam Al-Quran dengan firman-Nya:

(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak? sedangkan Ia tidak mempunyai istri. Ia pula memcipta tiap2 sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segalanya.
blogger-emoticon.blogspot.com

3 comments:

Cahayamylife 27 November 2009 pada 9:14 PG  

Subhanallah..Dah lama perasan tajuk ni..tetibe ari ni baru terasa nk jenguk..huhu. Tajuk ni r yg lecturer slalu sebut dlm klas smpi dak2 pening2 kpale.sebijik r ayat die tp english r.msk mid term hancur..nsb baik final pasal manusia lak.

Farazila 2 Disember 2009 pada 3:36 PG  

erm...

semua yg ade di alam semesta pasti ada pencipa yang satu...pasti ianya berkaitan dgn pencipta..

artikel ini buat kita sedar akan kewujudan Allah yang Maha Esa..

Unknown 11 Disember 2009 pada 6:46 PTG  

Subahanallah,

Manusia juga diciptakan dari setitis airmani,dan dlm setitis air itu mengandungi berjuta-juta sperma yang hanya satu sperma yg terpilih saja yang akan dipilih untuk hidup di dunia.

Selain bumi ada berjuta-juta planet yg bertebaran di angkasa tapi hanya bumi shj yg Allah sediakan segala kemudahan utk keperluan hidup kita manusia.

Ketahuilah kita adalah insan yg terpilih untuk hidup di planetyg terpilih dan di beri bimbingan oleh Rasul terpilih untuk membawa agama yg terpilih.
Amat malang bagi org yg mensiasiakannya.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP