Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

oh durian ~.~

Ahad, 8 November 2009

Hari ini merupakan hari outing pelajar2 di sini, mereka semua sangat gembira dapat outing bersama2 keluarga masing2. Maklum la, ini merupakan peluang mereka semua bertemu keluarga selain waktu cuti.


Pelajar keluar dari asrama pada pukul 11 pagi selepas dijemput oleh keluarga masing2. Destinasi yang di tuju mengikut kemahuan pihak keluarga, bagi yang tinggal berdekatan, mereka akan balik ke rumah dan datang kembali pada sebelah petangnya sebelum pukul 6 petang.

Rezeki amat murah pulak hari ini, salah satu keluarga telah memsponsorkan buah durian. Saya memang sudah lama mengidamkan durian kerana buah special ini memang tiada di Mesir, masa bercuti ini la boleh menikmati semua jenis buah-buahan di sini. Alhamdulilah dapat jugak merasai durian free pada hari ni.

Selepas solat isyak berjemaah, kami semua menikmati hidangan yang sungguh lazat ini. Kami semua makan berjemaah dan mengikut kumpulan masing yang telah saya tentukan.Pelajar2 sini sememangnya ditarbiah dengan konsep ukhwah kekeluargaan seperti sebuah keluarga, mereka semua hidup seperti adik-beradik dan saling tolong menolong dengan yang lain.

Hari ini, saya mendapat ilmu yang baru selepas di beritahu oleh student sini, rupa-rupanya kulit durian mempunyai enzim yang boleh menuetralkan suhu badan yang panas dari memakan buah berhantu ini. Ia juga boleh menghilangkan bau durian yang mengiurkan apabila kita meminum air dari kulit buah durian. Caranya sangat mudah, kita hanya perlu mamasukkan air dalam bahagian dalam kulit durian dan meminumnya seperti biasa yang di minum dengan gelas.Memang cukup hebat, saya amat kagum dan terkejut sekali.

Kepada yang tak pernah mencubam bolehla beli durian dan mempraktikkan sebagai mana yang saya terangkan tadi, selamat mencuba.

2 comments:

Jay Saja 8 November 2009 pada 6:16 PTG  

salam~

lama dah tak makan raja buah ni. jelesnya~~~

tak sejak kecik, lepas makan durian...mesti minum air daripada kulit durian tu. tapi, bila dah besar...semua tak nak. hehe.

ps: minum daripada kulit durian boleh menyejukkan badan...faktalah ye? hehe...ingatkan sebab mak dengan ayah nak jimat basuh cawan...hehehe. ;P

♥MiSs WaFa♥ 4 Julai 2010 pada 8:14 PG  

sy nak p mesir la mcm ni..blh elak dari durian..hehehe

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP