Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

خليفة@عبد الله

Rabu, 8 Julai 2009


واذ قال ربك للملئكة انى حاعل فى الاْرض خليفة
Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat : sesungguhnya aku menjadikan(manusia) di bumi ini sebagai khalifah (al-baqarah ayat 30)


وما خلقت الجن واللاءنس الا ليعبدون
Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu (az-zariyaat ayat 56)



Pada posting kali ini, marilah kita berbincang mengenai 2 ayat yang telah saya nyatakan di atas. Perbahasannya apakah perkara yang paling utama kita di utuskan ke dunia ini sama untuk menjadi khalifah @ hamba Allah.



Kalimah جعل & خلق mempunyai maksud yang berlainan dan ulamak mufassiriin mentafsir kalimah tersebut dengan makna yang berbeza. Mari kita sama kaji apakah makna 2 kalimah tersebut.



خلق = telah menciptakan

جعل = telah menjadikan



Dua kalimah tersebut kalau diterjemah dalam bahasa Melayu pun, membawa makna yang berbeza. Kalimah خلق (mencipta) iaitu Allah s.a.w menciptakan sesuatu benda @ makhluk itu yang daripada tiada asal usulnya kepada kewujudan makhluk tersebut. Sebagai contoh seperti penciptaan manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya.



Berbeza dengan kalimah جعل (menjadikan) iaitu, selepas kewujudan makhluk tersebut. Sebagai contoh, seperti kereta, besi merupakan benda asal dalam pembikinan sebuah kereta. Manusia mengambil besi sebagai bahan utama untuk menjadikan sebuah kereta dan besi merupakan bahan asal yang di ciptakan Allah.



Berbalik kepada topik kita, apakah tuntukan taklifan yang paling utama kita di utuskan di bumi ini?



Jawapannya:


Pertama:kita diciptakan oleh Allah untuk semata-mata beribadah kepada Allah Rabbul ‘alamiin.



Kedua: taklifan khalifah kepada kita adalah selepas kita menyempurnakan peribadahan kepada Allah.



Kesimpulan ringkas:

Kita diutuskan untuk beribadah kepada Allah semata-mata dan merupakan perkara paling utama dalam hidup kita untuk mengerjakan amal yang soleh. Tuntutan khalifah @ pemimpin juga tertanggung kepada kita semua, akan tetapi setelah kita menyelesaikan urusan peribadahan kepada Allah s.a.w..

Wallahu a’lam..

1 comments:

Tanpa Nama 30 Julai 2009 pada 11:36 PG  

so nice...sy suke the way u explained it..~

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP