Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Ammiah Vs Fasohah::

Jumaat, 17 Julai 2009


45

Bahasa Arab merupakan bahasa yang paling agung. Nabi Muhd diutuskan dari kaum Qurais Mekah yang berbahasa arab.Bahasa Arab juga bahasa Al-quran dan bahasa ahli syurga. Oleh itu, menjadi kawijipan kepada kita untuk mempelajari bahasa arab.


06

Pelbagai cara dan kaedah yang kita boleh gunakan untuk mempelajari bahasa arab ini. Sebagai contoh melalui pembacaan dan pendengaran bahasa arab itu sendiri. saya Alhamdulillah, selain daripada mengikuti kelas bahasa arab berbayar di sini, saya juga mempraktik bahasa arab bersama kawan2 di sini.


13

Bahasa Arab adalah diantara bahasa yang terpayah untuk dipelajari kerana mempunyai nizam disiplin tersendiri yang perlu diketahui oleh penuturnya. Walau bagaimanapun, orang arab di sini lebih banyak menggunakan bahasa Ammiah(pasar) berbanding bahasa Fasohah(kebangsaan) dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini telah menyebabkan kami pelajar Malaysia amat susah untuk memahami perkataan yang dicakap oleh arab sini kerana sungguh jauh perbezaan bahasa arab ammiah & Fasohah ini.



46

Gambar diatas merupakan salah satu keluarga arab yang boleh dikatakan menjadi keluarga angkat saya disini. Penguasaan bahasa kita akan bertambah jikalau kita berkawan dengan ahlinya. Alhamdulillah, banyak juga saya dapat mempelajari perkataan yang agak susah dari Ammu Jamal(nama ayah angkat). Walaupun saya bangsa asing, akan tetapi mereka amat menghormati dan memuliakan saya selaku pelajar di sini .Agak menjadi masalah sedikit pada saya kerana mereka lebih banyak menggunakan bahasa Ammiah dalam pertuturan mereka berbanding bahasa Fasohah.


26

Penggunaan bahasa fasohah amat jarang sekali, sehingga di pejabat rasmi kerajaan pun, orang arab masih berbahasa Ammiah.Setahu saya, penggunaan bahasa Fasohah hanya pada khutbah jumaat sahaja dan di masa lain, bahasa Ammiah menjadi pilihan penduduk di sini.


43

Bahasa Ammiah hanya boleh dipelajari dari arab disini sahaja. Pelajar melayu di sini kebanyakkannya tidak mampu untuk bertutur dalam ammiah kerana terlalu berbelit lidah untuk menyebutnya. Saya tidak dapat nak menggambarkan suasana kehidupan disini kerana pengalaman hidup tidak boleh diungkapkan dengan kata2, melainkan kita sendiri yang melaluinya.

1 comments:

+jAnNaH kHai+ 24 Julai 2009 pada 10:31 PG  

assalammuaikum,..
eh bukan ke mcm msia gak?org2 kelantan ckp bahasa kelantan..jrg gak diaorg ckp bahasa kbgsankan?

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP