Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Qa'lah @ Kubu Salahuddin Al Ayubi::

Khamis, 18 Jun 2009


blogger-emoticon.blogspot.com Kubu Salahuddin Al Ayubi terletak di atas Bukit Muqatham. Idea pembinaan kubu ini dicetuskan oleh Sultan Nasir Salahuddin Al Ayubi. Beliau merasakan bahawa Kota Kaherah yang begitu luas dan besar amat terdedah kepada bahaya kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Damsyik di Syria. Justeru itu, beliau telah memerintahkan menterinya Agha Karakush untuk membina kubu ini.
blogger-emoticon.blogspot.com Pembinaannya telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Ia dibina sebagai mana kubu-kubu yang terdapat di Kota Syria. Sebahagian dari batu-batanya telah diangkut dari Piramid Gizza. Menurut Ibnu Jubair, sejarahwan Andalus yang berkunjung ke Kaherah pada tahun 1183,banyak tawanan tentera salib hingga jumlahnya tidak terhitung telah dikerahkan oleh Agha Karakush untuk menyiapkannya.

Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al Kamil pada tahun 1207 Masihi. Ia kemudian sentiasa dibaiki dan ditambah oleh pemerintah-pemerintah Mamalik dan Muhammad Ali. Walaupun tujuan asal pembinaannya ialah untuk mempertahankan Kaherah, kubu ini lebih berfungsi sebagai menabalkan raja-raja Mesir dan pusat pemerintahan mereka sehinggalah Khidwi Ismail berpindah ke kediaman rasmi baru di Qasr Abidin.

Kubu ini adalah simbol kewibaan dan karismatik Salahuddin Al Ayubi yang merupakan pemimpin yang berpandangan jauh dan mendahului zamannya. Meskipun beliau hanya tinggal di Mesir selama 8 tahun, iaitu satu masa yang amat singkat bagi pemerintahannya selama 24 tahun di Syria dan Mesir, namun beliau telah meninggalkan satu binaan bersejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mesir sebelum dan selepas beliau.
blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

Tanpa Nama 23 Jun 2009 pada 7:52 PG  

assalamaualaikum sahabat..

kawe ni saing demo...
wah,lamo doh x tgk blog awkk..banyak hok sy t'lepas pengisian yang berguna untuk diri

post2 lamer awk memnyedarkan sy semula n berkali-kali sy nyatakn y sy dah jauh dr landasan yang betul ini.ya sy akui...jalankanlah tugasmu wahai sahabat,jangan terus berhenti dari dunia yang penuh mencabar ini..

FiKRi91 29 Jun 2009 pada 9:20 PTG  

agak2 ada x Umat Islam skrang ini mempunyai tokoh seperti Salahuddin??

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP