Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Pemakaian & Penampilan

Rabu, 24 Jun 2009


blogger-emoticon.blogspot.comPemakaian adalah penting dalam islam, agama mengajar kita supaya memakai dengan pakaian yang cantik dan bersopan-santun serta melarang sama sekali memakai pakaian yang tidak bermoral. Di dalam etika pemakaian ini, ada beberapa nizam(peraturan) yang mesti di patuhi oleh kita semua, diantaranya:

*pakain yang berbeza dari agama lain
*pakain yang berbeza antara lelaki dan perempuan
*lelaki tak boleh pakai pakaian perempuan @ mempunyai cirinya dan begitulah sebaliknya.
*hendaklah pakaian menutupi had2 aurat & tidak ketat.

Berdasarkan ciri2 yang ana nyatakan,kita selaku muslim menjadi kewajipan untuk kita menjaga kehormatan kita terutamanya dari segi aspek pemakaian, Firman Allah dalam Surah AN-NUR yang bermaksud:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
ayat 30..

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.."
ayat31..
blogger-emoticon.blogspot.com
Percayakah kita, orang di sekeliling kita akan menilai diri kita melalui pemakaian kita, atau dengan kata yang mudah, kita di nilai dari segi penampilan zahir yang kita tonjolkan. Islam tidak mengajar sedemikian, kerana apa yang di luar tidak semestinya sama dengan ada di dalam, mungkin seseorang itu nampak agak teruk dari segi penampilan dirinya, tapi siapakah yang tahu di sebalik tabir dirinya.

Akan tetapi perlu di ingat, penilaian orang luar(tidak kenal) terhadap kita memang terbatas, maksudnya, seseorang yang tidak mengenali diri kita, pasti akan mula2 menilai dan mengukur diri kita dari aspek penampilan gaya dan pemakaian yang di tonjolkan. Sekiranya, cantiknya zahir diri kita, automatik penafsiran dari akal yang waras akan mengatakan bahawa kita dari orang yang baik, dan begitulah berlaku di sebaliknya.

Kalau di perhatikan, muda-mudi pada hari ini, tidak mementing aspek pemakaian,ciri2 pakaian yang dipakai tidak menunjukkan ciri yang islam ajar. Pada ana,bagi yang lelaki, tidak begitu menjadi polimik yang besar, sekiranya baju & seluar yang di pakai menutupi aurat dan menepati ciri yang ana nyatakan tadi,kira dah okey dan selamat.

Tetapi bagi akhawat, tidak cukup sekadar menutup semua aurat, tetapi perlu di jaga dari segi bentuk & model baju yang di pakai, dan semestinya tidak boleh meniru budaya barat yang jauh dari ajaran agama. Serungkap pantun ana dapat nukil kan:

blogger-emoticon.blogspot.comBaju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Sebagai kesimpulannya,marilah kita semua bermuhasabah kembali tentang diri kita, terutamanya dari segi penampilan dan gaya yang kita nak tunjuk kepada orang di sekeliling kita.Sesungguhnya, penampilan yang manis & sopan akan memberi implikasi yang baik terhadap persepsi dan tanggapan orang kepada kita, dan begitulah di sebalik nya.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".
Surah Al-A'raf ayat 26.
blogger-emoticon.blogspot.com....

3 comments:

d 26 Jun 2009 pada 6:47 PTG  

salam..
memandangkan mu da bukak topik ni, so, aq nak tanye sket la..
pe pndapat mu ttg jeans..?
bg aq, jeans tu ttp aurat n xnampak bentuk tubuh..
tp nape org yg blaja agama xleh pakai jeans...
huhu..
skadar nak tau..

[ sYeKhuL IsLaM ] 27 Jun 2009 pada 5:44 PG  

wslam..
pemakaian nie..ikut wurud(suasana tempat).Hukum tutup aurat adalah wajib,kita harus memakai ape jnis pakain pown,jeans adalah x haram utk d pakai,mungkin suasana d Mesia begitu, menyebabkan org memandangkan jeans x elok dan len2, dijadikan sebab x boleh pakai jeans, sy bukan mengesyorkan anda pakai jeans,kena faham elok2,cme nya,klu boleh cari la,yg len, alaa,bnyk lagi jenama yg berqualiti.."Jangn ganggu Jin"

Tanpa Nama 20 Mac 2010 pada 6:59 PTG  

salam...
saya nak mintak pendapat sikit.
apa pandgn penulis ttg wanita memakai seluar?
sstgh masyarakat arab hny memakai jubah..
kalau perempuan memakai seluar,adakah menyerupai lelaki?

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP