Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Syeikh Abd Nabi::

Khamis, 14 Mei 2009

.
Syeikh Abd Nabi merupakan salah seorang tenaga pengajar di Maahad Qiraat Shoubra.Beliau berkelulusan Ijazah(Hons) pangkat MUMTAZ di Maahad Qiraat.Beliau kini mengajar pelajar melayu yang menuntut di Maahad ini,samaada di dalam kelas kuliah @ kelas talaqqi di Masjid Khozandarah.

Kelebihan Syeikh Abdul Nabi,adalah beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu,kerana beliau pernah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz di Malaysia.Selain itu, sikap & sifat mesra beliau menarik ramai anak muda pelajar di Maahad Qiraat ini, untuk menimba & mengambil ilmu daripada beliau.

Setiap hari, beliau mempunyai jadual pengajaran yang penuh, boleh di katakan memang terlalu sibuk mengajar pelajar di sini.Selain dari masa mengajar di Maahad, beliau juga mengajar quran & qiraat di Masjid Khozandarah selepas kelas Maahad.Bagi pelajar yang talaqqi dengannya,kesempatan ini di gunakan dengan sepenuhnya.Pada kebiasaannya,pelajar yang tinggal berjauhan dengan Maahad sahaja bertalaqqi dengan beliau pada waktu ini.

Selain itu,beliau juga secara terbuka mengalukan kepada para pelajar untuk datang bertalaqqi di rumah beliau,tapi ada sedikit perubahan masa, jikalau talaqqi di Masjid Khozandarah,masanya bermula selepas kelas sehingga waktu Asar, akan tetapi perubahan masa pada waktu malam bagi pelajar yang berminat untuk talaqqi di rumah syeikh. Di kesempatan ini,ramai juga pelajar yang mengambil bahagian untuk datang bertalaqqi quran & qiraat dengannya.

Kami di sini,masing-masing berlumba untuk bertalaqqi quran dengan masyayiekh di sini,bukan setakat dengan Syeikh Abd Nabi sahaja,bahkan masih ramai lagi syeikh2 yang mantap & hebat. Kami di sini,boleh membuat pilihan tersendiri untuk bertalaqqi dengan mana2 syeikh yang ada di sini.Pengalaman yang hebat sebegini memang takkan di prolehi di bumi Malaysia.
^.~........

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP