Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::salam imtihan::

Ahad, 12 April 2009

… Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (al-baqarah : 269)

Bismilah, sekarang ini kami di sini memang sibuk murajaah dan mentelaah madah untuk persediaan imtihan yang di jangka 20/4 ini..Beginilah keadaan di Shoubra tiap-tiap tahun. Apabila hampir peperiksaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra(DPMS)Pasti akan mengadakan kelas persediaan untuk peperiksaan..ermm lebih kurang study group untuk setiap madah yang akan diambil dalam imtihan nanti.

Dalam banyak2 madah, bagi ana quran paling special dan amat mudah, kerana semua soalan memang di ambil dari quran dan kita hanya copy(hafaz) & paste dalam kertas imtihan nanti, walaupun begitu,menjadi kebiasaan pelajar sangkut madah quran ini,maklumla bukan 1 @ 2 juz, tapi 30 juz, memang susah nak ingat keseluruhannya..

Al-quran memang kena sendiri sendiri la, bagi ana quran tak boleh mengulang time exam sahaja, usaha murajaah dan menjaga quran mesti berterusan, walaupun bukan masa imtihan, nama lagi Hamalatul quran(pembawa quran) kalau mengulang kerana exam, takda maknanya, lepas exam entah kemana dah quran yang dihafaz, perkara seperti ini tidak seharusnye berlaku kepada semua penghafaz quran khususnya pelajar di Maahad Qiraat di sini. I.Allah minggu depan bermulanya Imtihan syafawi(peperiksaan lisan)Al-quran 30 juzuk beserta dengan bacaan Qiraat.


Jadual peperiksaan dia atas tu adalah peperiksaan TAkhalluf(ulangan) bagi peperiksaan tahun lepas yang tersangkut madah..Ana ada terbawa2 satu madah..hehe..Takhalluf lebih awal sikit dari peperiksaan tahunan kerana ia merupakan kertas yang di carry dari tahun lepas..

Alhamdulillah, harini dah lepas Takhalluf, Allah swt memang adil, semua soalan yang di target menepati sasaran..hehe..rase senang sikit dalam hati kecil, walaubagaimanapun peperiksaan tahunan sedang menanti..^-^tak boleh nak besenang-senang dah sekarang ni..

Untuk peperiksan tahun ni Insyaallah pada awal bulan 5. Kami semua akan menjalani imtihan tahriri(bertulis) sebanyak 7 madah.. I.Allah semoga di permudahkan..

akhir kalam....
Belajar bukan semata-mata untuk menghadapi imtihan, sebaliknya ikhlaskan niat untuk membantu agama Allah SWT. Belajarlah dari kesilapan lalu agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sinar kejayaan sedang menanti kita. Berusaha dan teruslah berusaha. Moga kita tidak lupa tugas dan peranan kita selaku khalifah di muka bumi Allah. Agar kita lebih bersedia untuk menghadapi imtihan Allah yang sebenarnya di akhirat kelak…

"BITAUFIQ WA-NAJAH"

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP