Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::hks kembali::

Selasa, 17 Mac 2009

Majlis perasmian di tengah padang..

HKS hari keluarga Shoubra kembali, entahlah kali ke bape dah nie,sambutan agak baik oleh pelajar sini.HKS merupakan program tahunan mahasiswa di sini.Program HKS ini di adakan bertujuan untuk menguatkan lagi ukhuwah diantara mahasiswa di sini,disamping itu dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua,kebanyakkan pelajar turut serta program ini,kalau nak di bandingkan dengan program ilmiah yang lain,mungkin program ini lebih berbentuk kepada hiburan sikit.tapi yang tak melalaikan..pada masa inilah amat sesuai untuk berta’aruf dan bersua kenal di antara kami semua,walaupun kami satu jamiah(universiti),susah untuk berjumpa.


Menunggu giliran untuk bermain...



Acara yang paling sengit dalam Hks..

HKS ini di meriahkan lagi dengan beberapa acara yang amat menarik,diantaranya pertandingan hafazan peringkat 1-15 juz dan 1-30 juz,penyertaan pelajar yang begitu meggalakkan dalam pertandingan ini.Selain itu,acara sukaneka turut di adakan,ia sungguh mendapat perhatian pelajar sini,boleh di katakan 80% pelajar sini turut serta dalam acara ini,suasana pada masa itu memang cukup meriah sekali. Kami di bahagi mengikut serambi(kumpulan) masing2 dan bersama-sama bersaing untuk mendapat kejuaraan dan kemenangan,memang agak sengit juga la pertandingan dan acara sukaneka ini,acara yang terakhir merupakan pertandingan nasyid,hhm..rupa2 nya,ramai juga yang berbakat dalam nasyid ini,lagu yang dinyanyikan memang sungguh sedap dan merdu...


Majils penutup bersama hadiah yang tak lumayan..

Secara keseluruhannya,program ini,berjalan dengan jayanya, dan tidak menghadapi sebarang kesulitan sehingga penghujungnya.Program yang berjalan 2 hari ini,cukup memberi manfaat dan faeadah kepada kami semua di sini.Semoga program seperti ini,dapat di teruskan pada masa hadapan dan menjadi semangat baru kepada pelajar di sini,Akhir kalam,wabillahi taufiq....


0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP